Utusan Borneo (Sabah)

OMB FC muncul juara bola sepak tertutup Kudat

- Oleh SALMAN ABADI

KUDAT: Kejohanan Bola Sepak Tertutup Kudat (MIXVET) 2017 menyaksika­n pasukan OMB FC (Otai Masih Berbisa Football Club) berentap dengan pasukan Classic A pada perlawanan akhir yang berlangsun­g di Padang Bandaran Kudat, Ahad lalu.

Pasukan OMB FC menepati ramalan untuk muncul juara kejohanan itu dengan menewaskan pasukan Classic A 2 – 1 dalam satu perlawanan yang menarik dan dramatik.

Pemain lincah pasukan Classic A, Masri Jafar membuka tirai jaringan pada minit ke-35 separuh masa pertama melalui satu tandukan cantik yang gagal diselamatk­an penjaga gol OMB FC.

Bagaimanap­un, pasukan OMBFCberja­yamenyamak­an kedudukan pada minit ke-40 hasil jaringan Abd Azis @ John dan menambah jaringan pada minit ke-45 sebelum wisel penamat masa pertama selesai.

Bersambung babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun tiada jaringan berjaya dihasilkan.

Strategi pasukan OMB FC untuk ‘bertahan’ sambil melakukan serangan balas akhirnya berhasil dan dinobatkan sebagai juara kejohanan itu.

Tempat ketiga dimenangi pasukan SINBA dari Pitas, manakala tempat ke-4 disandang pasukan PDRM Kudat.

Menurut Romex selaku Pengerusi Penganjur, kejohanan itu antara lain bertujuan mencungkil bakat para pemain muda, di samping mengeratka­n silaturahi­m antara pemain atau pasukan yang menyertain­ya.

Selain itu, ia juga menggalakk­an penglibata­n masyarakat dalam aktiviti sukan untuk kesihatan, kecergasan dan perpaduan selaras dengan konsep ‘sukan untuk semua’.

Katanya, sebanyak lapan pasukan menyertai kejohanan itu yang dibahagika­n kepada dua kumpulan.

Pemain terbaik perlawanan akhir kejohanan itu dinobatkan kepada Aminuddin @ Amie Mohd Yassin dari pasukan OMB FC sementara anugerah pemain muda (junior) terbaik dinobatkan kepada Mohd Azan Talib, sementara penjaring terbanyak sepanjang kejohanan itu ialah Shafie Talib.

Juara kejohanan itu menerima hadiah wang tunai RM700, naib johan RM500, ketiga RM300 dan ke-4 RM200, di samping piala iringan dan kesemua hadiah tersebut disumbangk­an oleh Pengarah Perkasa Hotel Sabah Kolonel (K) Dato Sh Sahar Ading yang juga mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kudat.

Sementara itu, hadiah bagi anugerah pemain terbaik (veteran dan junior) dan penjaring terbanyak disumbangk­an oleh Cikgu Rosdie Roslie.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Setiuasaha Umno Bahagian Kudat,RusulanHaj­iRahaban, Rosley Mustery, Ali Hashim Nasip dan Sarjan Johar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat.

 ??  ?? PASUKAN OMB FC menjulang piala kemenangan selepas muncul juara bola sepak
tertutup Kudat 2017.
PASUKAN OMB FC menjulang piala kemenangan selepas muncul juara bola sepak tertutup Kudat 2017.
 ??  ?? PASUKAN OMB FC (mencangkun­g) bergambar kenangan bersama pasukan Classic A dan juga para pengadil perlawanan.
PASUKAN OMB FC (mencangkun­g) bergambar kenangan bersama pasukan Classic A dan juga para pengadil perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia