Utusan Borneo (Sabah)

PGA lawan Bema hari ini

Perlawanan pembukaan Bola Sepak Liga Perpaduan Sabah 2017

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pertembung­an antara Briged Sabah PGA dan Bema FC akan menyingkap tirai saingan Kejohanan Bola Sepak Liga Perpaduan Sabah 2017 di Stadium Penampang hari ini.

Kejohanan yang diiktiraf Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) itu adalah anjuran Kelab Bola Sepak Perpaduan Penampang dengan kerjasama Pejabat Daerah Penampang dan Kompleks Sukan Penampang.

Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dan dibahagika­n kepada lapan kumpulan.

Pengerusip­enganjur,Edwin Jomiji berkata, perlawanan pembukaan itu adalah dari Kumpulan A yang turut dianggotai Kiulu FC dan juara bertahan Penjara FC.

KumpulanBt­erdiridari­pada pasukan Mixteam, Moh FC (Kesihatan), Ketiau Bersatu dan Smart FC manakala Kumpulan C dianggotai Luton FC Tambunan, Racing Panz FT, Kapazan Real FC dan YHFC Putatan.

NABT FT Tawau, Simfield FC KK, Sabah Cops KK dan Komplex FC Labuan diundi dalam Kumpulan D manakala KDM Labuan, Putra KP Kota Belud, Paturoja Matunggong dan Gapeman United Pedalaman dalam Kumpulan E.

Kumpulan F dianggatoi pasukan Telaga FC Pitas, Buddies FC, Sahabat FC Tawau dan Kudat Cool manakala Jabatan Tanah Dan Ukur (Tankur), Karamunich, Adisson XII Kota Belud dan The Blues dalam Kumpulan G.

Kumpulan H pula terdiri daripada pasukan Mamai City FT, Plus One Kota Belud, SESB dan Kapazan Real Junior.

“Undian perlawanan pembukaan sepatutnya mempertemu­kan juara bertahan, Penjara FC dan Briged Sabah PGA.

“Bagaimanap­un Penjara FC terlibat dengan kejohanan lain pada masa yang sama. Oleh itu penganjur memutuskan mengubah jadual dengan mempertemu­kan Bema FC dan Briged Sabah PGA,” kata Edwin dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat.

Menurutnya, Presiden Kelab Bola Sepak Perpaduan Penampang, Richard Jomiji akan merasmikan kejohanan dan perlawanan pembukaan sebelum sepak mula pada jam 3.30 petang ini.

Kejohanan itu menawarkan hadiahwang­tunaikesel­uruhan lebih RM30,000 di samping trofi dan medal.

Juara akan membawa balik wang tunai RM10,000 manakala naib juara RM7,000.

Dua pasukan yang kalah di separuh akhir masing-masing akan menerima RM2,500 manakala empat pasukan yang kalah di suku akhir masing-masing menerima RM1,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia