Utusan Borneo (Sabah)

Bayern mulakan cabaran baharu selepas pemecatan Ancelotti

-

BERLIN: Bayern Munich memulakan kehidupan selepas Carlo Ancelotti (gambar) pada hujung minggu ini, manakala jurulatih sementara Willy Sagnol mengambil alih tampuk sebelum lawatan ke Hertha Berlin esok. Juara Bundesliga itu diaibkan dalam kekalahan 3-0 oleh Paris SaintGerma­in (PSG) dalam Liga JuaraJuara pada Rabu lepas, dan kelab itu bertindak segera dengan memecat Ancelotti pada Khamis. Setelah kekalahan 2-0 di tempat lawan kepada Hoffenheim dan mensia-siakan kelebihan dua gol di stadium sendiri dalam perlawanan menentang Wolfsburg, malah prestasi Bayern dalam Bundesliga berada jauh daripada dominasi mereka yang biasa sejak beberapa minggu lalu. Tatkala kelab itu menduduki tempat ketiga di belakang Hoffenheim dan pendahulu, Borussia Dortmund, khabar angin mengenai keadaan yang tidak semakin harmoni dalam bilik persalinan hanya meningkatk­an lagi tekanan ke atas Ancelotti. Dengan kritikan dari penyokong dan media kerana kegagalann­ya untuk memberi ruang kepada Thomas Mueller, hubungan Ancelotti dengan pemain seperti Robert Lewandowsk­i, Arjen Robben dan Franck Ribery juga dilaporkan tegang. Apabila Sagnol mengambil alih buat sementara waktu, Bayern pasti mahu melancarka­n semula musim mereka apabila mereka bertandang ke Berlin nanti.

Pemilihan pasukan oleh Ancelotti untuk menentang PSG telah dikritik hebat, dan Mats Hummels, Robben, Ribery dan Jerome Boateng dijangka akan membarisi pasukan kesebelasa­n utama untuk menentang Hertha.

“Saya menjangkak­an perkembang­an yang positif dari pasukan, dan keinginan yang mutlak untuk berjaya,” kata ketua eksekutif kelab Karl-Heinz Rummenigge selepas pemecatan Ancelotti.

Selepas keputusan di Paris, hanya kemenangan sahaja akan diterima untuk hirarki Bayern di Berlin.

Hertha merehatkan beberapa pemain penting untuk perlawanan mereka menentang Ostersund dalam Liga Europa, dan pemain seperti Karim Rekik, Rune Jarstein, Marvin Plattenhar­dt dan Mathew Leckie dijangka akan bermain untuk menentang Bayern.

Kemenangan di tempat lawan ke atas Augsburg pada malam ini akan mengekalka­n Borussia Dortmund di tempat teratas Bundesliga, dan sejarah memihak kepada pasukan Peter Bosz. Dortmund tidak pernah tewas di Augsburg, manakala penyerang bintang, PierreEmer­ick Aubameyang, sudah menjaringk­an lapan gol ketika menentang mereka selama ini, termasuk hatrik dalam penampilan sulungnya dalam Bundesliga pada 2013.

Aubameyang akan memulakan perlawanan untuk Dortmund, tetapi Bosz dijangka merehatkan beberapa pemain yang bermain dalam kekalahan di Real Madrid pada Selasa lepas, termasuk Omer Toprak dan Gonzalo Castro.

Augsburg, yang tidak tewas dalam lima perlawanan terakhir mereka, menduduki tempat kelima, dan akan didorong oleh kepulangan kapten Daniel Baier daripada penggantun­gan satu perlawanan.

RB Leipzig mungkin akan bermain tanpa penyerang bintang Timo Werner apabila mereka bertandang ke Cologne esok.

Werner digantikan kerana masalah penafasan sewaktu kekalahan Leipzig dalam Liga Juara-Juara di Besiktas pada Selasa lepas.

Dengan Naby Keita yang masih menjalani penggantun­gan, Leipzig mungkin akan bermain tanpa dua pemain terbaik mereka selepas mereka sampai ke penghujung tujuh perlawanan yang meletihkan dalam tempoh tiga minggu.

Sementara itu Cologne masih mencari kemenangan pertama mereka pada musim ini, selepas mengutip hanya satu mata sahaja daripada enam perlawanan pembukaan mereka.

Seteru tradisiona­l, Hamburg dan Werder Bremen, berharap untuk mengembali­kan musim masing-masing ke landasan apabila mereka bertemu dalam perlawanan tetangga utara pada malam ini (Sabtu).

Hamburg tewas dalam kesemua empat perlawanan terakhir mereka, dan masih bermain tanpa tiga penyerang yang cedera, Filip Kostic, Nicolai Mueller dan Sven Schipplock.

Bremen menduduki tempat kedua tercorot dan masih mencari kemenangan pertama mereka bagi musim ini. Mereka juga bermain tanpa penyerang penting, Max Kruse.

Hoffenheim berharap untuk terus memberi tekanan ke atas pendahulu liga Dortmund dengan kemenangan ke atas Freiburg esok.

Hoffenheim di tempat kedua khuatir mereka mungkin akan bermain tanpa pemain penting seperti Sandro Wagner, Serge Gnabry dan Nadiem Amiri. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia