Utusan Borneo (Sabah)

Arsenal tumpaskan BATE Borisov 4-2

-

PARIS: Olivier Giroud menjaringk­an golnya yang ke100 untuk Arsenal ketika pasukan muda The Gunners menewaskan BATE Borisov 4-2 di Belarus dalam Liga Europapada Jumaat, manakala Everton dikejutkan oleh 10 pemain Apollon Limassol yang mengikat mereka 2-2 di Goodison Park.

Theo Walcott menjaringk­an dua gol untuk The Gunners dan Rob Holding turut membuat jaringan untuk kemenangan kedua dalam dua perlawanan dalam Kumpulan H.

Pasukan Arsene Wenger menewaskan Cologne 3-1 di stadium sendiri dalam perlawanan pertama mereka dua minggu lepas, dan kelab Jerman itu tewas sekali lagi kelmarin, dengan kekalahan 1-0 di stadium sendiri kepada Red Star Belgrade.

Wenger membuat sembilan perubahan kepada pasukan Arsenal setelah mereka bertandang ke timur Eropah ekoran kemenangan 2-0 ke atas West Bromwich Albion pada Isnin lepas.

Hanya Shkodran Mustafi dan Mohamed Elneny sahaja mengekalka­n tempat mereka, manakala beberapa pemain muda diturunkan dengan Joe

Willock yang diberi peluang untuk bermain buat pertama kalinya bersama pasukan senior.

Bagaimanap­un dua pemain yang dikira veteran bergabung untuk gol pembukaan awal Arsenal apabila Jack Wilshere memberi bola kepada Walcott yang menandukny­a masuk dari jarak dekat.

Walcott menjadikan kedudukan 2-0 pada pertengaha­n babak pertama setelah kesilapan buruk dibuat oleh penjaga gol BATE, Denis Scherbitsk­i, yang cuba mengeluark­an bola tetapi ia sampai kepada penyerang England tersebut.

Holding kemudian menolak masuk gol pertamanya untuk Arsenal tetapi tandukan cantik oleh Mirko Ivanic membolehka­n juara Belarus itu untuk menjaringk­an gol sebelum minit ke-30.

Cubaan Holding dan Walcott terkenal tiang gol dan Giroud menyempurn­akan tendangan penalti pada awal babak kedua, menjadi pemain ke-19 untuk menjaringk­an 100 gol bagi Arsenal.

Bagaimanap­un ia bukan jaringan terakhir kerana Mikhail Gordeichuk menyumbat gol kedua pasukan tuan rumah pada malam itu.

“Apabila kita menjaringk­an empat gol di tempat lawan, anda sentiasa berkemungk­inan besar akan menang,” kata Walcott kepada

BT Sport.

“Saya mendapat peluang untuk melakukan tendangan penalti bagi hatrik, tetapi menye- dari bahawa Olivier mempunyai 99 gol, ia adalah peluang yang amat baik untuknya, sebab itulah dia mengambil tendangan penalti.” Hector Yuste dari Sepanyol merampas satu mata untuk Apollon dari Cyprus di Everton. Everton dikejutkan tidak sampai 12 minit selepas perlawanan bermula apabila Adrian Sardinero mengambil kesempatan daripada kesilapan Ashley Williams untuk menolak bola ke dalam jaring.

Namun ketika penonton mula tidak berpuas hati dengan pasukan tuan rumah, Wayne Rooney menyambar bola hantaran belakang yang buruk untuk menjaringk­an gol ketiganya sejak dia kembali ke Goodison Park dari Manchester United.

Pemain sayap berusia 19 tahun, Nikola Vlasic, dimasukkan sebagai pemain gantian dan menyumbat bola ke sudut gawang pada pertengaha­n babak kedua untuk menjaringk­an gol sulungnya bagi Everton.

Namun selepas Valentin Roberge dilayangka­n kad merah, pasukan tuan rumah bimbingan Ronald Koeman hilang tumpuan dan Yuste menjaringk­an tandukan dari tendangan percuma.

Everton kini menduduki tempat tercorot dalam Kumpulan E, tiga mata di belakang pendahulu Atalanta, yang seri 1-1 dengan Lyon.

Patrick Cutrone menjaringk­an gol pada saat akhir untuk merampas kemenangan 3-2 bagi AC Milan ke atas pelawat dari Croatia, Rijeka, dalam perlawanan Kumpulan D yang dramatik di stadium San Siro.

Penyerang Milan, Andre Silva, terus mempamerka­n prestasi cemerlangn­ya dalam Liga Europa pada musim ini apabila dia meletakkan mereka di hadapan dengan gol keenamnya dalam hanya tiga perlawanan sahaja dalam pertanding­an tersebut.

Mateo Musacchio menjadikan­nya dua jaringan bagi juara Eropah sebanyak tujuh kali itu, tetapi Boadu Maxwell Acosty mengurangk­an jurang dengan satu gol enam minit sebelum tamat dan Josip Elez merembat masuk tendangan penalti pada minit ke-90.

Bagaimanap­un masa masih ada bagi Cutrone untuk menyumbat bola hantaran lintang Fabio Borini pada minit keempat dalam masa kecederaan.

Marseille tewas 1-0 kepada Salzburg di Austria dalam Kumpulan I manakala Athletic Bilbao dan Hertha Berlin tewas dalam Kumpulan J.

Pemain tengah Lokomotiv Moscow, Manuel Fernandes, menjaringk­an hatrik di dalam masa 17 minit pertama apabila kelab Russia itu menewaskan kelab Czech, Zlin, 3-0 untuk menduduki tempat teratas dalam Kumpulan F.

Dalam Kumpulan K, Alassane Plea menjaringk­an dua gol apabila Nice menewaskan Vitesse Arnhem dari Belanda 3-0 dalam perlawanan yang terganggu selama kira-kira 15 minit disebabkan oleh kerosakan lampu limpah.

Bekas juara Piala UEFA, Zenit St Petersburg, menang 3-1 di stadium sendiri ke atas Real Sociedad dalam Kumpulan L. – AFP

 ??  ?? AKSI perlawanan BATE Borisov menentang Arsenal di Borisov Arena, pemain Borisov Mikhail Gordeichuk, menjaringk­an gol kedua untuk pasukannya.
AKSI perlawanan BATE Borisov menentang Arsenal di Borisov Arena, pemain Borisov Mikhail Gordeichuk, menjaringk­an gol kedua untuk pasukannya.
 ??  ?? PEMAIN Everton Nikola Vlasic, menjaringk­an gol kedua pasukannya ketika menentang Apollon di Goodison Park.
PEMAIN Everton Nikola Vlasic, menjaringk­an gol kedua pasukannya ketika menentang Apollon di Goodison Park.
 ??  ?? PENYERANG Arsenal Theo Walcott, meraikan jaringan kedua pasukannya dengan gaya tersendiri.
PENYERANG Arsenal Theo Walcott, meraikan jaringan kedua pasukannya dengan gaya tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia