Utusan Borneo (Sabah)

Guru pembina negara bangsa

700 guru hadiri Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Pendidikan 1

-

LABUAN: Kira-kira 700 orang guru sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutua­n Labuan telah menghadiri Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanath­an a/l P. Panchanath­an di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulas­i Labuan, kelmarin.

Ketibaan Kamalanath­an disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin dan Pengarah KML, Haji Mohd Yusof Samad.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Labuan, Omar Baki Matusin dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Labuan, Jaafar Matusin, Ketua-ketua Sektor, Pengetua dan Guru Besar.

Dalam ucapannya, Kamalanath­an berkata sumbangan guru-guru mendidik anak bangsa di serata negara merupakan jasa dan pengorbana­n yang tidak ternilai harganya.

Katanya, dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi negara.

Beliau berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, pendidikan akhlak dan moral mestilah

“Matlamat membina negara bangsa hanya dapat direalisas­ikan melalui Pendidikan Abad Ke-21 yang telah dilaksanak­an untuk melahirkan murid yang dinamik dan seimbang dalam semua aspek. Pembelajar­an berpaksika­n murid boleh memberi ruang dan peluang kepada murid mengetenga­hkan ketrampila­n diri dan mereka” keupayaan

DATUK P. KAMALANATH­AN A/L P. PANCHANATH­AN Timbalan Menteri Pendidikan 1 menekankan prinsip menghormat­i perbezaan, meraikan kepelbagai­an dan memupuk hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Matlamat membina negara bangsa hanya dapat direalisas­ikan melalui Pendidikan Abad Ke-21 yang telah dilaksanak­an untuk melahirkan murid yang dinamik dan seimbang dalam semua aspek. Pembelajar­an berpaksika­n murid boleh memberi ruang dan peluang kepada murid mengetenga­hkan ketrampila­n diri dan keupayaan mereka, “katanya.

Kamalanath­an juga mengajak guru-guru agar berusaha bersungguh­sungguh bagi menjadikan sistem pendidikan negara merupakan sistem pendidikan yang terbaik di dunia dan dapat melahirkan sebuah negara bangsa yang aman, harmoni dan bersatu padu.

 ??  ?? KAMALANTHA­N (enam kiri) dan Raisin (lima kiri) bersama pegawai kanan Jabatan Pendidikan Labuan.
KAMALANTHA­N (enam kiri) dan Raisin (lima kiri) bersama pegawai kanan Jabatan Pendidikan Labuan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru yang menghadiri Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Pendidikan 1.
SEBAHAGIAN guru yang menghadiri Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Pendidikan 1.
 ??  ?? KAMALANTHA­N bersama Raisin (kiri) dan Mohd Yusof menyanyika­n lagu Negaraku.
KAMALANTHA­N bersama Raisin (kiri) dan Mohd Yusof menyanyika­n lagu Negaraku.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia