Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n Pengetua SMK Pantai Dalam Persidanga­n Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan

-

LABUAN: Pengetua SMK Pantai IB World School, Wilayah Persekutua­n Labuan, Sahar Misron telah berkongsi tentang IBMYP (Internatio­nal Baccalaure­ate: Middle Years Programme) dalam Persidanga­n Pengetua Cemerlang Malaysia (MPCK) : Bicara Profesiona­l di Nouvelle Hotel, Sungai Besi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Sahar, dua lagi Pengetua dari Labuan yang menghadiri persidanga­n itu ialah Pengetua Sekolah Menengah Sains Labuan, Haji Mahamad Shukri Said dan Pengarah Kolej Vokasional Labuan, Siti Muslihah Leeudin.

Lebih 200 peserta yang terdiri daripada wakil pengetua seluruh negara menghadiri perkongsia­n tersebut.

Sahar membentang­kan kertas kerja bertajuk “Perkongsia­n Pengetua dan Warganya Menjadikan SMK Pantai, W.P. Labuan IB World School”.

Beliau berkongsi tentang IBMYP dari segi konsep, falsafah, visi dan misi, elemen, kumpulan mata pelajaran, “learner profile”, 4 polisi, unit plan, pentaksira­n serta kelestaria­n IBMYP di SMK Pantai untuk tempoh 5 tahun dari 2016-2020 selari drngan hasrat kerajaan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia.

Sahar juga berkongsi tentang pahit getir seluruh warga SMK Pantai IB World School mengharung­i cabaran sehingga sekolah diktiraf sebagai IB World School pada 23 Julai 2016.

Antara cabarannya ialah konsep kabur-kabur, perubahanm­indset/paradigm, tanggapan “yang baharu susah atau menyusahka­n”, cabaran bahasa untuk “Online” dan “Face To Face”. kekerapan pelbagai aktiviti JPN/KPM/ Agensi/NGO di Labuan, subjek baharu dari RPH kepada “Unit Plan” dan borang pencalonan yang rumit.

Walau bagaimanap­un segala cabaran dapat diatasi dengan berkat

kesabaran, pujuk dan paksa, semangat berpasukan, tidak berputus-asa/ tidak mudah mengalah, pengorbana­n melonjakka­n kecemerlan­gan pendidikan, semangat mewakili Labuan dan Malaysia, tagline: “SMK Pantai Menjulang Nama”….”Sorakan 123”, “Labuan hebat: guru sayang muridnya”.

Perkongsia­n ini membuktika­n kesatuan hati seluruh warga sekokah dan merupakan bukti kegigihan, keazaman, iltizam, dedikasi, semangat berpasukan, pengorbana­n dan kepuasan.

 ??  ?? SAHAR (belakang kanan) bersama Pengetua Cemerlang dari Sabah dan Labuan.
SAHAR (belakang kanan) bersama Pengetua Cemerlang dari Sabah dan Labuan.
 ??  ?? SAHAR (empat kanan) bersama peserta Persidanga­n Pengetua Cemerlang Malaysia (MPCK).
SAHAR (empat kanan) bersama peserta Persidanga­n Pengetua Cemerlang Malaysia (MPCK).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia