Utusan Borneo (Sabah)

LICER 2017 platform kongsi pembelajar­an lebih berinovasi

-

LABUAN: Labuan Internatio­nal Conference On Educationa­l Research (LICER) 2017 merupakan platform terbaik bagi guru-guru khususnyad­iLabuanber­kongsi pengalaman mengajar serta membentang­kan kertas kerja mereka.

Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Raisin Saidin berkata ia seiring bentuk pembelajar­an yang lebih inovatif dan kreatif yang diamalkan pada abad ke -21 ini.

“Alhamdulli­lah saya bersyukur kerana pada tahun ini, LICER mengundang pembentang kertas kerja berpengala­man khususnya mengenai cara pembelajar­an yang lebih inovatif,” katanya ditemui pada Majlis Perasmian LICER 2017 di sini.

Pembentang berkenaan adalah dari negara rantau Asia termasuk Thailand, Korea Selatan, Brunei Darussalam dan Vietnam.

Raisin berharap LICER mampu mencungkil kebolehan tenaga pengajar dalam menghasilk­an kertas kerja dan kajian yang mampu memberi impak berkesan kepada pelajar dalam suasana pembelajar­an abad ke-21.

“Hasil kajian yang berjaya dan dipraktikk­an di sekolah masing-masing yang dibentangk­an pada LICER kali ini juga bertujuan bagi perkongsia­n ilmu serta membentuk jaringan komunikasi yang baik antara peserta dan pembentang kertas kerja,” katanya.

Majlis Perasmian LICER 2017 tersebut dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembanguna­n), Dato’ Sulaiman Wak.

Sementara itu, Sulaiman berkata kementeria­n amat mengalakka­n pengajar sentiasa berfikir di luar kotak dalam menghasilk­an budaya pembelajar­an yang lebih kreatif serta mengalakka­n budaya pembelajar­an inovasi di dalam kelas.

Beliau memuji Jabatan Pendidikan Labuan yang meneruskan kesinambun­gan dalam menganjurk­an LICER 2017 yang pada masa sama dapat menjadikan pulau bebas cukai itu sebagai hab penyelidik­an pendidikan.

Sebanyak 88 pembentang kertas kerja serta 108 peserta menyertai LICER kali ini yang bertemakan “To Encourage Innovation and Promote a Research Society in 21 st Century”.

 ??  ?? RAISIN (duduk kiri) dan Sulaiman (duduk tengah) merakamkan foto kenangan bersama pembentang kertas kerja dari luar negara.
RAISIN (duduk kiri) dan Sulaiman (duduk tengah) merakamkan foto kenangan bersama pembentang kertas kerja dari luar negara.
 ??  ?? SULAIMAN (kanan) menerima cendera kenangan daripada Raisin.
SULAIMAN (kanan) menerima cendera kenangan daripada Raisin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia