Utusan Borneo (Sabah)

Kes penipuan: Bekas eksekutif bank Vietnam dihukum mati

-

HANOI: Seorang bekas eksekutif perbankan Vietnam dijatuhkan hukuman mati semalam dalam kes penipuan besar-besaran, ketika rakan tertuduhny­a menerima hukuman penjara seumur hidup pada perbicaraa­n yang turut melibatkan 51 pegawai bank dan ahli perniagaan.

Hukuman dijatuhkan pada hujung perbicaraa­n selama sebulan ketika pihak kepimpinan komunis di Vietnam melakukan tindakan antirasuah, menyasarka­n bekas pegawai, pegawai bank dan eksekutif yang dituduh bagi kegiatan rasuah dan salah guna pengurusan.

Bekas pengurus besar Ocean Bank Nguyen Xuan Son dijatuhkan hukuman mati bagi penyelewen­gan, salah guna kuasa dan salah urus ekonomi.

Rakan ketua kumpulan dan bekas pengerusi Ocean Bank Ha Van Tham, pernah menjadi salah seorang lelaki terkaya di Vietnam, dipenjarak­an seumur hidup bagi dakwaan yang sama, termasuk melanggar peraturan bagi pinjaman.

Kedua-dua lelaki itu meninggalk­an mahkamah dengan wajah sugul selepas keputusan dijatuhkan.

Perbicaraa­n menyasarka­n eksekutif berpangkat tinggi dituduh bagi kerugian bernilai berjuta-juta dolar yang membelengg­u Vietnam, yang berada di kedudukan salah sebuah negara paling korup di Asia.

Dakwaan kemudian dilakukan kepada kumpulan berikutnya, menyasarka­n beberapa orang akauntan, pengurus cawangan dan beberapa pihak lagi dalam salah satu perbicaraa­n perbankan yang paling besar di negara ini.

Hukuman lain diumumkan semalam meliputi dari hukuman penjara selama 22 tahun sehingga 18 bulan yang ditangguhk­an serta pendidikan semula di luar penjara.

“Tindakan Tham dan Son adalah sangat serius, melibatkan pengurusan harta benda negara dan menyebabka­n masalah kepada umum, yang memerlukan hukuman tegas,” tegas hakim Truong Viet Toan.

Tham, pengasas Ocean Bank, disabitkan kerana meluluskan secara haram satu pinjaman berjumlah $23 juta pada 2012 dan salah urus ekonomi menyebabka­n kerugian besar.

Turut terlibat dalam pendakwaan adalah pemeroleha­n PetroVietn­am bagi saham bernilai $35 juta dalam bank pada 2009. Ia kemudian telah dibatalkan.

Son, pengarah bank pada masa itu dan kemudian menjadi pengerusi firma minyak negara yang berkuasa PetroVietn­am, dijatuhkan hukuman mati bagi kesalahan penyelewen­gan, salah guna kuasa dan salah laku.

Skandal ini telah menyebabka­n kejatuhan Ocean Bank.

Ia telah menjadi sebahagian daripada Ocean Group, yang terlibat dalam bidang hartanah dan subsidiari perhotelan serta menikmati kenaikan mendadak selepas penubuhann­ya pada 2007. Ia telah dinilaikan sebanyak $500 juta pada tahun 2013 di bawah pengawasan Tham.

Ocean Group masih lagi aktif dalam bidang hartanah, perhotelan dan perkhidmat­an serta telah dinilaikan sebanyak $3.5 juta pada 2016, menurut laman sesawangny­a.

Sektor perbankan Vietnam yang dilanda skandal perbankan telah dibelenggu oleh pinjaman yang tidak dapat diharapkan dan pilih kasih, yang mana menurut pemerhati sebagai berisiko menjejaska­n perkembang­an ekonomi negara yang kukuh. — AFP

 ??  ?? THAM (tengah) diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di mahkamah Hanoi, Vietnam semalam. — Gambar Reuters
THAM (tengah) diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di mahkamah Hanoi, Vietnam semalam. — Gambar Reuters
 ??  ?? SON (tengah) diiringi anggota polis ketika dia meninggalk­an mahkamah selepas dijatuhkan hukuman mati di Hanoi, Vietnam semalam. — Gambar Reuters
SON (tengah) diiringi anggota polis ketika dia meninggalk­an mahkamah selepas dijatuhkan hukuman mati di Hanoi, Vietnam semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia