Utusan Borneo (Sabah)

Dua kanak-kanak cedera ditembak rakan sepermaina­n

-

CHICAGO: Dua kanakkanak dimasukkan ke hospital dalam keadaan serius selepas seorang rakan sepermaina­n menembak mereka secara tidak sengaja dengan selaras senjata berpeluru di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di negeri Michigan di Amerika Syarikat (AS).

Keadaan kanak-kanak berusia tiga tahun itu telah berubah dari kritikal sehari sebelumnya, menurut polis kelmarin, ketika mereka menamatkan siasatan mereka dan merancang untuk menemui pendakwa raya bagi mempertimb­angkan tuduhan.

Kejadian tembakan secara tidak sengaja itu berlaku pada Rabu lepas di sebuah rumah persendiri­an yang berfungsi sebagai pusat penjagaan di subbandar Dearborn di Detroit, apabila seorang kanakkanak telah memegang selaras senjata yang berpeluru.

Seorang kanak-kanak ditembak di bahagian bahu dan dijangka akan pulih sepenuhnya, menurut polis, sementara seorang lagi berada dalam keadaan serius namun stabil. Polis tidak mendedahka­n secara terperinci kecederaan kanak-kanak yang kedua.

“Jabatan polis Dearborn telah melakukan temu bual dengan semua pihak yang terlibat dan sedang dalam proses untuk melengkapk­an siasatan,” kata polis dalam satu kenyataan.

“Penyiasat akan bertemu dengan pendakwa raya bagi menentukan sama ada dakwaan itu akan difailkan dalam kes ini.”

Seramai 1.7 juta kanakkanak Amerika tinggal di rumah dengan selaras senjata berpeluru dan tidak berkunci, menurut Kempen Brady bagi Menghalang Keganasan Senjata, dan insiden itu merupakan kes terbaharu kanak-kanak tercedera akibat senjata api tidak disimpan dengan baik.

Hampir 1,300 kanak-kanak meninggal dunia dan 5,790 lagi menerima rawatan akibat kecederaan tembakan pada setiap tahun di AS, menurut satu kajian terbaharu dikeluarka­n dalam jurnal perubatan Pediatrics.

Undang-undang negeri Michigan tidak melarang senjata di fasiliti yang menempatka­n pusat penjagaan kanak-kanak, namun mewajibkan ia sebagai tidak berpeluru dan disimpan di sebuah lokasi berkunci jauh dari kanak-kanak, menurut Jabatan Hal Ehwal Perlesenan dan Peraturan di negara ini.

Pusat penjagaan kanakkanak Dearborn telah diuruskan oleh Samantha Eubanks, yang juga seorang ibu kepada enam anak.

Media AS melaporkan polis telah menemui beberapa senjata api di dalam rumah, namun seorang wanita yang dikenal pasti sebagai adik perempuan Eubank berkata Eubank tidak membenarka­n suaminya Tim menyimpan senjata di dalam rumah mereka.

“Beliau sering berkata jangan kamu cuba bawa senjata ke dalam rumah ini, ia tidak akan pernah berlaku,” kata Ashley Escobedo. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia