Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan sungai Malaysia jadi contoh

-

SIKAP sebilangan rakyat Malaysia yang menjadikan sungai sebagai ‘tong sampah’ ternyata mendapat teguran pakar pengurusan air terkemuka dunia Profesor (Prof) Roger A. Falconer.

Menurut beliau, sudah tiba masanya untuk pihak yang bertanggun­gjawab mengenakan denda yang tinggi kepada pelaku kesalahan itu.

“Memang ramai yang suka buang sampah ke dalam sungai di mana itulah yang berlaku di negara saya 20 tahun lalu.

“Sekarang kalau orang yang buang sampah itu kena tangkap, kesalahan itu dianggap besar,” jelas beliau.

“Suatu hari ada seorang berkata kepada saya tak guna juga bayar denda.

“Seperti memandu laju, jika ada yang beranggapa­n jika mereka boleh lepas mereka akan memecut kenderaan mereka tetapi jika mereka mudah ditangkap dan didakwa, mereka tentu tak akan buat.

“Untuk itu, pihak berkuasa Malaysia perlu bertindak tegas,” kata Prof Falconer, profesor dalam bidang pengurusan air di Universiti Cardiff, United Kingdom.

Beliau adalah antara 1,150 pakar serta wakil berada di Malaysia dari 61 negara menghadiri Kongres Dunia Persatuan Antarabang­sa bagi Kejurutera­an Hidro Alam Sekitar dan Penyelidik­an (IAHR) yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 13 hingga 18 Ogos lepas.

Selain pembentang­an

772 kajian, sesi forum dan pelbagai mesyuarat teknikal, tumpuan turut diberikan kepada perkembang­an teknologi pengurusan air yang dilaksanak­an di Malaysia.

Delegasi kongres turut dibawa melawat beberapa projek berkaitan pengurusan air seperti terowong SMART, Taman Wetland Putrajaya, Projek Sungai Nadi Kehidupan di Sungai Klang, Sistem Penuaian Air Hujan di Taman Wetlands Paya Indah di Dengkil, Selangor dan projek Pemulihan dan Mencantikk­an Sungai Melaka di Bandaraya Melaka.

Umum mengetahui, Kuala Lumpur amat sinonim dengan isu banjir kilat dan ramai warga kota tentunya masih ingat betapa dahsyatnya banjir besar yang berlaku pada 2003 dan 2007 dan pada bulan Mei 2016.

Meskipun program tebatan banjir dan pem-binaan terowong SMART banyak membantu pengu-rusan banjir, hakikatnya banjir kilat masih berlaku di metropolit­an ini.

Meskipun belum ‘selamat’ sepenuhnya daripada ancaman banjir, usaha serta tindakan yang diambil dalam usaha pengurusan banjir di negara ini tetap mendapat pujian Falconer.

“Usaha untuk menangani masalah banjir di negara ini adalah lebih baik daripada negara lain di dunia dan mereka boleh belajar dari Malaysia.

“Sewaktu saya menganjurk­an satu sesi wacana beberapa tahun lalu, kami berbincang cara Malaysia mengendali­kan hujan lebat.

“Longkang dibina sedalam semeter berbanding di negara kita yang tidak dibina untuk menghadapi cuaca buruk.

“Terowong Smart dan sungai diselengga­ra dengan baik untuk meng-hadapi banjir berbanding negara lain,” tambahnya.

Pakar dari India Sush-mita Mandal, Pengurus Program Pertubuhan Air Antarabang­sa berpandang­an, kejadian banjir bukan sepenuhnya berlaku akibat perubahan cuaca atau impak perubahan iklim dunia.

Menurut beliau, teknik pengurusan air di sesuatu bandar turut menyumbang kepada kejadian berkenaan.

Menyentuh isu banjir yang masih menghantui kawasan pantai timur, pembanguna­n projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diharap dapat mengambil kira kepentinga­n pengguna.

Dr. Balqis Mohamed Rehan, pensyarah kanan Jabatan Kejurutera­an

Awam Universiti

Putra Malaysia (UPM) berkata, risiko berlakunya banjir memang tidak dapat dielak tetapi perancanga­n yang baik boleh meminimumk­an kesan daripada kejadian itu.

“Yang paling utama perkhidmat­an tidak terjejas sekiranya berlaku banjir.

“Mungkin landasan boleh dibina di tempat yang tidak terjejas banjir tetapi perlu difikirkan juga jika banjir berlaku, bagaimana masyarakat setempat boleh menggunaka­n per-khidmatan ini,“katanya.

Sementara itu, Profesor Madya Dr. Shanker Kumar Sinnakauda­n, Ketua Pusat Kajian Kejurutera­an dan Pengurusan Sumber Air, Universiti Teknologi Mara (UiTM), menyifatka­n kepentinga­n masyarakat diutamakan dalam pembanguna­n ECRL iaitu penilaian impak sosial dan alam sekitar.

“Perdana Menteri sendiri mengambil berat akan impak sosial, malahan untuk projek kecil pun beliau akan membuat penilaian.

“Ini adalah mandatori. “Impak yang dinilai adalah seperti kesan pembanguna­n ini kepada penduduk setempat seperti guna tanah dna kesan kepada aktiviti ekonomi setempat ,” kata beliau.

Isu pemulihan dan pemulihara­an ekologi turut

menjadi topik utama di kongres ini apabila dia dibangkitk­an dalam ucapan dasar Profesor Dr. Silke Wieprecht dari Universiti Stuttgart, Jerman.

Menyentuh tentang pengurusan ekologi di Malaysia, Prof Wieprecht berkata, dari konteks yang lebih luas, pengurusan ekologi yang baik sebenarnya akan memberi kesan positif kepada perkembang­an ekonomi dan pembanguna­n modal insan.

Beliau menekankan bahawa isu mengenai sistem ekologi seperti sungai sering berkait dengan perancanga­n penggunaan tanah sama ada di negara sedang membangun seperti Malaysia dan Thailand atau negara mahu seperti Jerman.

“Pengaruh kegiatan di bahagian hulu sungai seperti perladanga­n, pembasmian hutan, penggunaan racun perosak di ladang atau menarah lereng bukit yang menyebabka­n aliran mendapan ke dalam sungai.

“Kita perlu memutuskan penggunaan tanah yang sesuai menurut jenis tanaman yang berbeza dan reka bentuk teres di lereng bukit,” tambahnya.

Mengakui kesedaran pemelihara­an ekologi sebenarnya masih rendah di seluruh dunia, Prof Wieprecht berkata, di sesetengah tempat di benua yang lain, kesedaran tentang kepentinga­n menjaga kebersihan air sungai hanya wujud bila keadaan sudah menjadi teruk.

“Kita ambil air minuman dari bawah tanah sebagai alternatif kepada air di permukaan tetapi kini kita mula sedar paras air bawah tanah semakin menyusut di seluruh dunia.

“Apabila kita mahu ambil air permukaan, ia terlalu kotor.

“Keadaan ini mungkin tidak dirasakan sangat di Malaysia kerana negara ini banyak hujan,” jelas beliau.— Bernama

 ??  ?? PERANGKAP sampah sarap diwujudkan di Sungai Gombak selepas majlis Pelancaran Kempen #MYBIJAKSAM­PAH di Kampung Kerdas, Kuala Lumpur Ogos lalu. Program kempen ini bagi menggalakk­an rakyat Malaysia mengamalka­n sikap bertanggun­gjawab terhadap pelupusan...
PERANGKAP sampah sarap diwujudkan di Sungai Gombak selepas majlis Pelancaran Kempen #MYBIJAKSAM­PAH di Kampung Kerdas, Kuala Lumpur Ogos lalu. Program kempen ini bagi menggalakk­an rakyat Malaysia mengamalka­n sikap bertanggun­gjawab terhadap pelupusan...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia