Utusan Borneo (Sabah)

Jejak kasih 10 tahun berhasil

Lebih seribu kerabat Magalin berhimpun dalam keluarga besar

- Oleh HENRY BATING BENJOHN Simbaku dan makcik Tinozihan keturunan keempat Aki Ruludan. PENDAFTARA­N di rumah panjang Maranjak.

SUASANA di rumah panjang Bavang Gazo riuh rendah sehari suntuk dengan kehadiran lebih seribu orang keturunan Aki Magalin yang terdiri daripada 10 jalur keluarga.

Pertemuan baru-baru ini merupakan perhimpuna­n pertama sebagai keluarga besar sejak terpisah ketika zaman penjajahan British lebih seabad lalu.

Keluarga seketuruna­n itu tidak lagi pernah berkumpul bersama meski terpisah hanya di beberapa daerah berdekatan seperti Matunggong, Kanibongan, Pitas, Kota Marudu, Beluran dan Kota Kinabalu.

Pengerusi penganjur, Jaslin Masiram melahirkan rasa syukur kerana usaha menjejaki semua ahli keluarga sejak 10 tahun lalu berhasil dan dipertemuk­an semula secara bersemuka.

Sepuluh keluarga anakanak Aki Magalin dengan pasanganny­a Untolos terdiri daripada Aki Ruludan, Aki Mangandul, Aki Mongunggul, Odu Sandawon, Aki Masandi, Odu Bolihai, Odu Sonihai, Odu Inongkian, Aki Magani dan Aki Manahut.

Anak sulung, Aki Ruludan merupakan pasangan Odu Pinasagan iaitu anak kepada Pak Musah yang dikisahkan sebagai pahlawan terbilang dari Paitan suatu masa dahulu.

“Keluarga ini disatukan melalui perhubunga­n media sosial,” kata Jaslin.

Menurutnya, keluarga itu disatukan dengan tema ‘Monusul, Mintutun om Miumpug do Piopinizan’ yang bererti ‘Menjejaki, Mengenali Dalam Majlis Silaturahi­m’ dengan kehadiran berpakaian 10 warna tema setiap jalur keluarga.

Jaslin memaklumka­n, keluarga yang dikenali Rurungan Aki Magalin (RAM) itu akan didaftarka­n sebagai badan bukan kerajaan di bawah penasihat, Tetuan Sazalye Donol.

Jaslin yang juga kakitangan Jabatan Pertanian Papar memberitah­u setakat ini keluarga besar itu menjalanka­n aktiviti membantu ahli keluarga warga emas dan yang terlantar di hospital serta yang ditimpa musibah.

Ketika merasmikan pertemuan itu, Sazalye meminta keluarga itu khususnya dan etnik Rungus umumnya agar lebih cekal mengejar matlamat mengubah kehidupan di samping mendisipli­nkan anak-anak sejak kecil.

Sazalye yang menjadi ikon keluarga itu menyatakan kejayaan tidak mudah dicapai tanpa sokongan dan dukungan ibu bapa dan ahli-ahli keluarga.

Sambil berkongsi pengalaman, Sazalye yang pada awalnya merupakan penjawat awam farmasi di hospital secara separuh masa mengikuti pengajian di universiti sehingga menjadi pengamal undang-undang.

Ketika ini, Sazalye merupakan peguam syariah dan peguam anak negeri yang memiliki firma guaman di Kota Kinabalu yang mengenakan kos minimum sebagai sokongan kepada bangsanya.

“Keluarga besar entik Rungus ini mampu memainkan peranan dalam bidang ekonomi untuk menjadi contoh terbaik etnik-etnik serumpun Rungus lain yang terdiri daripada lima dialek berbeza,” katanya.

Sazalye berharap ahli-ahli keluarga itu menjauhi sikap dengki-mendengki serta memperbaik­i kelemahan di samping menguatkan semangat saling membantu tanpa mengira anutan kepercayaa­n dan fahaman politik.

Pada majlis itu, Rurungan Aki Manahut berpakaian warna kuning dipilih sebagai keluarga paling bekerjasam­a dengan kehadiran 120 ahli membawa mereka menerima sijil dan cenderahat­i.

Keluarga itu juga menduduki tempat terbaik dalam pertanding­an bola tampar dan futsal di Kg Tinangol.

Pertemuan itu telah diserikan lagi dengan persembaha­n sumundai mongigol dari setiap jalur keluarga. Turut diadakan ialah persembaha­n harmonika dan paluan tagunggak yang nyata telah memeriahka­n lagi majlis itu.

Upacara moginakan kemudian diadakan pada petangnya bertempat di ruangan rumah panjang yang turut dihiasi 70 cabutan tiket bertuah dan diselitkan lagu karaoke sehingga larut malam.

Mendekati larut malam, majlis melabuhkan tirai dengan pengumuman Jaslin bahawa pertemuan akan datang bakal diadakan di Kanibongan, Pitas yang siap disusun atur pelbagi pengisian menarik.

 ??  ??
 ??  ?? AKI Manahut paling veteran dari generasi kedua.
AKI Manahut paling veteran dari generasi kedua.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) JASLIN menyampaik­an selendang penghargaa­n kepada Sazalye.
(Gambar bawah) JALUR Aki Monginggul yang ramah-tamah dan mesra.
(Gambar atas) JASLIN menyampaik­an selendang penghargaa­n kepada Sazalye. (Gambar bawah) JALUR Aki Monginggul yang ramah-tamah dan mesra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia