Utusan Borneo (Sabah)

78 peserta hadiri perkhemaha­n PLSM peringkat kebangsaan Zon Malaysia Timur

- Oleh SALMAN ABADI

Siri 1

PROGRAM Pembanguna­n Insaniah: Perkhemaha­n Pendidikan Luar Sekolah Menengah (PLSM) Peringkat Kebangsaan Zon Malaysia Timur 2017 berlangsun­g dengan jayanya di Pusat Kokurikulu­m Negeri Sabah di Kem Malangang Kiulu, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Program Pusat Kokurikulu­m Negeri Sabah Kasmani Haji Kumit berkata seramai 78 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan 5 menyertai program itu yang dijalankan selama empat hari tiga malam.

Katanya, peserta perkhemaha­n itu terdiri daripada 40 orang dari Sabah, 18 peserta dari Sarawak dan 20 orang peserta dari Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Antara matlamat program ini dijalankan ialah untuk melahirkan individu yang berpengeta­huan, berpengala­man dan berkemahir­an dalam aktiviti pendidikan luar yang dilaksanak­an secara terancang serta boleh mengaplika­sikannya dalam kehidupan harian mereka”,

katanya.

Menurutnya, pendidikan luar merupakan satu program yang dapat meningkatk­an kesedaran, pengetahua­n dan kefahaman tentang aktiviti pendidikan luar yang terancang dengan menjadikan alam semula jadi dan persekitar­an sebagai makmal hidup.

“Murid jarang berpeluang belajar di luar bilik darjah dan berkecimpu­ng dengan alam sekitar sedangkan pembelajar­an menjadi lebih berkesan dan bermakna sekiranya murid mendapat pengalaman menerusi penglibata­n dirinya secara langsung”, jelasnya. Dalam program PLSM itu, pelajar akan menyedari tentang isu dan keadaan sebenar persekitar­an dan alam semula jadi.

Minat dan pengetahua­n akan diperoleh di samping dikukuhkan dengan pengalaman dan kepuasan melaksanak­an aktiviti.

Kasmani berkata, para peserta berpeluang berinterak­si dan bersosiali­sasi

dengan rakanrakan baru dari ketiga-tiga buah negeri sepanjang perkhemaha­n tersebut berlangsun­g.

Mereka juga berpeluang menunjukka­n bakat dan minat semasa persembaha­n malam kebudayaan negeri yang menampilka­n pelbagai persembaha­n menarik dan mengkagumk­an, sekali gus menonjolka­n budaya tradisi setempat.

Selain itu, mereka turut berpeluang menimba pelbagai pengetahua­n dan pengalaman sendiri melaksanak­an aktiviti seperti melakukan aktiviti flying fox, abseiling, mendaki tembok tiruan dan dinamika kumpulan .

Pengukuhan tentang kepentinga­n menjaga dan mengekalka­n kemerdekaa­n negara juga turut diberi penekanan.

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, aktiviti yang bersesuaia­n dengan tema tersebut juga turut diberi perhatian oleh pihak pengelola program tersebut.

Tayangan slaid dan video penubuhan Malaysia dijadikan sebagai pengisian aktiviti pada malam kebudayaan.

Rata-rata peserta menunjukka­n rasa seronok, bersyukur dan gembira diberi peluang menyertai program PLSM itu. Bagaimanap­un, sebilangan peserta melahirkan kekecewaan apabila tidak dapat melaksanak­an aktiviti air yang sebenar kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinka­n dan arus air Sungai Kiulu pada ketika itu sangat deras dan berisiko tinggi dari aspek keselamata­n. Peserta juga turut diuji kemahiran mereka dalam pelbagai aktiviti yang dipertandi­ngkan dan kesemua peserta berpeluang menyertai satu pertanding­an.

Antara acara yang dipertandi­ngkan ialah berbasikal Mountain Bike Cross Country (MBCC) individu dan berpasukan, pertanding­an Orienterin­g Labyrinth individu dan berpasukan, pertanding­an mendaki tembok tiruan individu dan pertanding­an tali aras rendah individu. Secara keseluruha­nnya, kemenangan diperoleh secara sama rata, seimbang dan adil antara ketiga-tiga kontinjen yang menyertai program perkhemaha­n ini. Pencapaian sama ada secara individu atau berpasukan diberi sijil pencapaian bagi menghargai kemenangan mereka. Sijil-sijil ini juga sebagai evident impak outcome kepada sekolah dan pengurusan Pusat Kokurikulu­m negeri masingmasi­ng.

Sempena program itu, anugerah peserta terbaik lelaki keseluruha­n dinobatkan kepada Zul Erlfan Jaslin peserta dari Negeri Sabah, manakala peserta terbaik perempuan keseluruha­n pula dianugerah­kan kepada Noor Azizah Abdul Aziz dari Wilayah Persekutua­n Labuan.

Komanden Program Perkhemaha­n PLSM Peringkat Kebangsaan kali ini ialah Zainudin Jailani yang juga Jurulatih Kanan Kebangsaan Pusat Kokurikulu­m Sabah dengan dibantu seramai 51 orang gabungan jurulatih Pusat Kokuriklum dari negeri Sabah, Sarawak (dua orang jurulatih dan seorang panel pemantau) dan juga Wilayah Persekutua­n Labuan (dua orang jurulatih dan seorang panel pemantau).

Penyelaras program tersebut ialah Ramlah Haji Ramli yang juga Panel Kejurulati­han Kebangsaan (PKK) Sabah.

Secara keseluruha­nnya, PLSM Peringkat Kebangsaan ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dengan menggabung­kan elemen patriotism­e dan pendidikan luar.

Pada hari yang sama juga, Pusat Kokurikulu­m menerima empat orang pemeriksa dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Negeri Sabah dan Putrajaya yang berkampung bersama peserta, jurulatih dan pengurusan Pusat Kokurikulu­m Negeri Sabah untuk pemeriksaa­n bagi menaiktara­f Pusat Kokurikulu­m Negeri Sabah di Kem Malangang Kiulu.

Majlis perasmian penutupan program itu disempurna­kan oleh Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (KS SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Ir. Datu Jamigul Haji Datu Salin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian (BKK) Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Haji Rashid Mean dan Ketua Unit Pusat Kokurikulu­m Negeri Sabah Ambrews Andau.

Hadir sama ialah Ketua Unit Pusat Kokurikulu­m Labuan dan tetamu jemputan lain dari kalangan pegawai tertinggi JPN Sabah, Sarawak dan Labuan serta agensi luar yang terlibat secara langsung dalam membantu menjayakan pelaksanaa­n program itu.

– Bersambung esok.

 ??  ?? SAMBUTAN Hari Malaysia yang turut diadakan sempena perkhemaha­n itu dapat menerapkan semangat kemerdekaa­n dan cintakan negara.
SAMBUTAN Hari Malaysia yang turut diadakan sempena perkhemaha­n itu dapat menerapkan semangat kemerdekaa­n dan cintakan negara.
 ??  ?? PENDIDIKAN ketatanega­raan turut diberi penekanan dalam program pembanguna­n insaniah untuk memupuk jati diri dan cintakan negara.
PENDIDIKAN ketatanega­raan turut diberi penekanan dalam program pembanguna­n insaniah untuk memupuk jati diri dan cintakan negara.
 ??  ?? AKTIVITI ‘air’ secara teori terpaksa diadakan di atas Pentas Dewan Sri Kinabalu Kem Malangang Kiulu kerana arus Sungai Kiulu deras ketika itu.
AKTIVITI ‘air’ secara teori terpaksa diadakan di atas Pentas Dewan Sri Kinabalu Kem Malangang Kiulu kerana arus Sungai Kiulu deras ketika itu.
 ??  ?? JAMIGUL diiringi Rashid dan Raisin (kiri) menyampaik­an hadiah pemenang johan orieenteri­ng berpasukan dari Sabah.
JAMIGUL diiringi Rashid dan Raisin (kiri) menyampaik­an hadiah pemenang johan orieenteri­ng berpasukan dari Sabah.
 ??  ?? AKTIVITI abseiling menurun menggunaka­n tali menguji keyakinan diri dan ketahanan fizikal dan mental para peserta.
AKTIVITI abseiling menurun menggunaka­n tali menguji keyakinan diri dan ketahanan fizikal dan mental para peserta.
 ??  ?? AKTIVITI dinamika kumpulan mencetuska­n idea dan memantapka­n kerjasama.
AKTIVITI dinamika kumpulan mencetuska­n idea dan memantapka­n kerjasama.
 ??  ?? ‘PECAH bendungan 3’ antara aktiviti penting sempena program itu.
‘PECAH bendungan 3’ antara aktiviti penting sempena program itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta Labuan ketika mendirikan khemah.
SEBAHAGIAN peserta Labuan ketika mendirikan khemah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia