Utusan Borneo (Sabah)

KTYS meterai MoU dengan STAR, Niosh dan PES

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Satu Memorandum Persefaham­an (MoU) berjaya dimeterai di antara Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dengan tiga industri lain dalam usaha kolej itu melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing.

Ketua Eksekutif KTYS Datin Dr Hajah Tarsiah TZ Taman berkata, tiga organisasi itu adalah Shangri La Tanjung Aru Resort & Spa (STAR), Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Persatuan Elektrik Sabah (PES).

“Tiga organisasi itu adalah berasal dari industri yang berlainan dan bertepatan dengan kursus yang terdapat dalam KTYS.

“Saya berharap dengan meterainya MoU ini, pelajar KTYS akan berpeluang menjalanka­n latihan ilmiah dalam industri-industri itu,” Katanya ketika dalam majlis MoU yang diadakan di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, MoU itu juga diharapkan dapat membantu para pelajar KTYS untuk mendapatka­n kerja dalam sektor-sektor berkaitan.

“Saya berharap selepas majlis pada hari ini, MoU ini akan membawa kepada pengambila­n para pelajar KTYS untuk diserap dalam organisasi masing-masing selepas siapnya latihan ilmiah nanti,” katanya

Katanya,MoUbersama­Niosh juga mampu menempatka­n 25 pelajar KTYS untuk terlibat dalam program institut itu.

Beliau juga berharap hubungan yang dijalinkan itu akan berkekalan dan bukan setakat tempoh dalam MoU sahaja.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Besar STAR Gavin Weightman, Pengurus Besar Niosh Mejar Hanif Maidin dan Presiden PES Teh Bung Nee.

 ??  ?? TARSIAH (tiga kanan) bertukaran dokumen MoU bersama Gavin pada majlis itu.
TARSIAH (tiga kanan) bertukaran dokumen MoU bersama Gavin pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia