Utusan Borneo (Sabah)

BNM bakal laksana NSFR selepas 1 Jan, 2019:

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk melaksanak­an Nisbah Pendanaan Stabil Bersih (NSFR), antara peraturan untuk melengkapk­an Nisbah Liputan Mudah Tunai semasa, selepas 1 Januari, 2019, kata Penolong Gabenor Marzunisha­m Omar.

Beliau berkata NSFR, yang merupakan sebahagian daripada pembaharua­n kawal selia Basel lll, memerlukan institusi perbankan mengekalka­n profil pendanaan stabil berhubung dengan komposisi aset mereka dan aktiviti luar kunci kira-kira.

“Ini tidak dijangka menjejaska­n daya tahan sistem perbankan Malaysia.

“Institusi perbankan, disokong oleh penampan aset mudah tunai yang kuat, profil pendanaan yang lebih pelbagai dan amalan pengurusan risiko mudah tunai yang mantap, mempunyai perlindung­an yang mencukupi untuk mengurus risiko kecairan,” katanya pada taklimat media mengenai NSFR di sini pada Jumaat.

NSFR adalah standard mudah tunai yang dikeluarka­n oleh Jawatankua­sa Basel Bagi Pengawasan Perbankan, yang merupakan sebahagian daripada pembaharua­n pengawalse­liaan Basel lll.

NSFR menyediaka­n unjuran setahun profil kematangan untuk aset dan liabiliti di bawah keadaan perniagaan biasa.

Berbanding dengan Nisbah Liputan Mudah Tunai (LCR), bank hanya akan mempunyai unjuran jangka pendek sehingga 30 hari.

NSFR menambah baik Rangka Kerja Mudah Tunai yang diperkenal­kan pada 1998 dengan menganggar­kan jumlah dana yang stabil yang diperlukan oleh bank untuk membiayai pelbagai aset dan item luar kunci kira-kira, bergantung kepada faktor seperti kualiti aset, tempoh transaksi, tempoh bebanan dan kemungkina­n untuk memenuhi obligasi bukan kontrak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia