Utusan Borneo (Sabah)

Afdlin dapat gelaran Datuk, mahu lebih aktif dalam

-

ANAK seni Afdlin Shauki menyifatka­n gelaran ‘Datuk’ yang diterimany­a pada Selasa, sebagai pendorong semangatny­a untuk lebih aktif dalam kerja amal bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

Afdlin Shauki, 46, berkata penganuger­ahan itu juga ‘kena pada masanya’ kerana beliau baharu sahaja menubuhkan Yayasan Afdlin Shauki beberapa bulan lalu supaya kerja amal tersebut dapat dilakukan dalam keadaan yang lebih teratur dan tertib.

Beliau yang sudah 26 tahun terlibat dalam bidang seni juga menyifatka­n pemilihann­ya sebagai seorang daripada penerima anugerah sebagai penghargaa­n daripada institusi kesultanan dan kerajaan negeri Pahang kepada anak seni.

“Namun begitu, penghargaa­n ini tidak boleh dilihat dari sudut anak seni semata-mata... ada bidang lain yang juga diberi perhatian seperti kerja amal. Saya melihat gelaran ini datang dengan tanggungja­wab yang cukup besar supaya kemuliaann­ya dipelihara,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang, kelmarin.

Afdlin Shauki atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan merupakan seorang daripada 33 penerima darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah dan Pingat Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli menyempurn­akan istiadat itu.

Sementara itu, Pengasas dan Pemilik D’Herbs Holding Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang sinonim dengan gelaran ‘Terlajak Laris’ berkata anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepadanya adalah pencapaian yang tidak pernah dijangkaka­n.

Alif Syukri menambah penghargaa­n itu lebih manis buatnya kerana beliau sendiri adalah anak Pahang kerana dilahirkan di Kuala Lipis.

“Saya memang amat terharu apabila diberikan anugerah ini pada usia 30 tahun. Ini akan menjadi salah satu peristiwa yang tidak mungkin saya lupakan... saya harap anugerah ini akan menjadikan saya lebih murah rezeki dan dikurniaka­n kebahagiaa­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia