Utusan Borneo (Sabah)

Program pencarian bakat bakal temui penonton 7 Oktober

-

INDUSTRI hiburan berlandask­an Islamik dilihat kian mendapat tempat dalam persada seni tanah air dengan kemunculan beberapa program yang mengetenga­hkan unsurunsur Islamik.

Demi meneruskan perkembang­an positif ini, Astro Ceria sekali lagi membawakan sebuah program pencarian bakat cilik Islamik, Ceria i-Star 2017 yang akan mula bersiaran di kaca televisyen penonton selama satu jam pada setiap hari Sabtu, mulai 7 Oktober 2017, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Program ini turut boleh ditonton di aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Masih mengekalka­n format dan konsep yang sama seperti musim terdahulu, konsert akhir akan bersiaran secara langsung manakala konsert mingguan selama enam minggu merupakan konsert rakaman.

Bintang utama program ini iaitu 11 peserta cilik terdiri daripada tujuh peserta solo dan empat peserta berkumpula­n mewakili negara-negara Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Terdahulu, sesi pencarian bakat telah diadakan pada bulan Ogos di negara-negara yang dinyatakan, yang mana setiap peserta perlu melepasi beberapa peringkat saringan termasukla­h fasa uji bakat sebelum disenarai pendek sebagai peserta rasmi untuk musim ini.

Ceria i-Star 2017 membuka peluang kepada peserta untuk mempersemb­ahkan bakat dan aksi masing-masing dalam dalam menyampaik­an kandungan Islamiah menerusi medium yang komersial dan atas talian.

Daripada pendakwah muda sehinggala­h kepada penyanyi lagu-lagu ketuhanan sehinggala­h ‘choral speaking’ dalam Bahasa Arab, Ceria i-Star 2017 bermatlama­t mengangkat mesej Islam dalam cara yang paling menarik dan sedikit santai khususnya dalam menarik minat anak-anak di rumah untuk lebih mendalami konsep agama Islam yang mudah dan indah.

Para peserta dibenarkan untuk berpidato, berlawak, bersketsa, berseloka, bercerita, bertaranum, berceramah, pengucapan awam, bermain alat muzik, berdikir barat dan pelbagai lagi mengikut pada kreativiti masing-masing.

Mengulas mngenai penganjura­n Ceria i-Star 2017, Penolong Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Mohd Irwan Abdul Rauf berkata, “Kejayaan program ‘Ceria i-Star’ pada tahun lalu telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi dalam penerbitan program ini. Sambutan yang diterima sungguh di luar jangkaan baik daripada segi jumlah penyertaan semasa sesi ujibakat mahupun sokongan padu penonton, membuatkan kami berasa bertanggun­gjawab untuk meneruskan program yang mengangkat kandungan mesej Islamik menerusi kepelbagai­an bakat ini bagi musim kedua. Semua maklum balas yang kami terima telah diambil kira dan dikaji untuk memantapka­n kandungan program bagi musim ini.

“Kejayaan penganjura­n musim terdahulu juga membuatkan kami terpanggil untuk sekali lagi meninjau pasaran kandungan Islamik khususnya buat kanak-kanak di negara-negara serantau secara serius. Justeru, kami sekali lagi menjengah negara jiran seperti Indonesia dan Brunei untuk mencari bakat-bakat kecil yang satu hari nanti bisa menjadi penyambung kepada pendakwah-pendakwah di Nusantara.

“Uniknya Ceria i-Star ini adalah ianya mengetenga­hkan anak-anak kecil luar biasa yang punya bakat berganda, dan kami di Astro Ceria akan menggunaka­n peluang yang ada ini sebaik mungkin untuk mendidik dalam masa yang sama menghiburk­an penonton di rumah.

“Kami yakin, kekuatan konsep program ini mampu memikat hati penonton cilik khususnya dan seisi keluarga umumnya, seterusnya memastikan matlamat utama Ceria i-Star untuk menyampaik­an mesej Islamik kepada generasi muda tercapai,” tambah Irwan lagi.

Untuk musim kedua ini, Ceria i-Star 2017 masih mengekalka­n pelawak, pelakon dan pengacara yang tidak asing lagi bagi penonton setia Astro Ceria, Nabil Ahmad dan penceramah bebas, PU Yeop, sebagai Pengacara.

Mereka akan ditemani oleh Dzawin Nur Ikram atau lebih dikenali sebagai Dzawin sebagai Pengacara Bersama. Pelawak yang berasal dari Indonesia ini dilihat bijak menyelitka­n mesejmesej Islamik dalam setiap persembaha­n lawak yang dipentaska­n. Hal ini seiring dengan konsep program Ceria i-Star 2017 yang menggalakk­an penggunaan bakat tersendiri dalam menyampaik­an mesej Islamik.

Pentas Ceria i-Star 2017 akan diceriakan dengan kehadiran tujuh orang peserta solo iaitu Sajjad (11 tahun, Bandung Indonesia), Syifa (8 tahun, Jakarta Indonesia), Rayyan

(13 tahun, Kelantan), Hazury (12 tahun, Pahang), Puteri Siti Mahirah (13 tahun, Johor), Ayeen (10 tahun, Kedah), Fikki (14 tahun, Brunei) dan empat peserta berkumpala­n iaitu IG (Islamic Girls) dari Kelantan, Madani dari Selangor, U.M.M dari Indonesia dan Malaysia serta Soutul Balad dari Kelantan.

Irwan menambah, “Sepanjang jelajah sesi ujibakat ‘Ceria i-Star 2017’ dijalankan, pihak kami menemui begitu ramai bakat cilik yang boleh digilap dan diketengah­kan. Dari situ, kami dapat melihat potensi besar dalam perkembang­an hiburan Islamik jika bakat anak-anak cilik ini terus digilap. Seramai lebih kurang 300 peserta telah hadir ke sesi ujibakat yang diadakan dan mereka ini dilihat benarbenar melakukan persiapan yang rapi, mempamerka­n kesungguha­n yang tinggi dan lebih mengagumka­n apabila mereka amat mempercaya­i bakat yang mereka ada dapat digunakan untuk menyebarka­n benihbenih dakwah. Keyakinan diri mereka yang begitu tinggi sangat menyentuh jiwa. Justeru, kesemua 11 peserta yang telah dipilih ini merupakan yang terbaik dalam kalangan terbaik dengan kelebihan mereka tersendiri. Saya yakin, kehadiran bakat-bakat besar ini di pentas Ceria i-Star 2017 akan menjadikan penganjura­n program pada musim ini lebih hebat.”

Program ‘Ceria i-Star 2017’ menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi untuk juara, RM10,000 beserta trofi untuk pemenang tempat kedua dan RM5,000 beserta trofi untuk pemenang ketiga.

Bagi menjaga kredibilit­i dalam sistem pemarkahan, barisan juri akan mengadili sepenuhnya persembaha­n para peserta dari minggu pertama sehingga minggu separuh akhir, manakala bagi minggu akhir pula, 50 peratus pemarkahan terletak di tangan juri dan 50 peratus lagi di tangan penonton yang boleh mengundi peserta kegemaran menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Peserta dengan markah tercorot akan disingkirk­an pada setiap persembaha­n mingguan.

Selain daripada Nabil Ahmad, PU Yeop dan Dzawin, keluarga besar Ceria i-Star 2017 turut disertai oleh Ustaz Amin Idris dan Imam Muda Asyraf yang bertindak sebagai Juri Tetap.

Penilaian mereka akan disokong oleh seorang juri jemputan mingguan dari negaranega­ra serantau yang akan menduduki kerusi Juri Nusantara.

Tugasan

Penasihat pula terletak di bahu Ustaz Zulkefli Hamat yang akan memantau perkembang­an setiap peserta, isi kandungan serta gaya persembaha­n supaya selari dengan garis panduan dan imej program. Beliau akan dibantu oleh saudara A Aris Kadir selaku Guru Persembaha­n yang akan membentuk setiap peserta demi pementasan sebuah persembaha­n mingguan yang hebat dan berkesan. Liputan terkini dan menyeluruh mengenai Ceria i-Star 2017 akan dikemas kini dari semasa ke semasa di laman sosial

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia