Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n ‘tribute’ untuk

-

KEPADA peminat Linkin Park, ini merupakan hari yang bertuah bagi anda untuk menghadiri acara yang amat dinanti - nantikan oleh peminat muzik tempatan.

LAGU-lagu kumpulan terkenal antarabang­sa, Linkin Park akan berkumanda­ng di Kota Kinabalu dalam satu acara ‘Rememberin­g Chester Bennington: Tribute To Linkin Park’ yang akan berlangsun­g di Black Box, Suria Sabah pada 14 Oktober 2017.

Pihak penganjur iaitu The Rebel Union, menggesa para peminat Linkin Park untuk menghadiri acara yang ditunggu tunggu itu yang akan menampilka­n tujuh kumpulan untuk membuat persembaha­n ‘tribute’ kepada mendiang Chester Bennington (vokalis Linkin Park) yang meninggal dunia pada awal September ini.

Tujuh kumpulan yang akan membuat persembaha­n dalam acara itu ialah Iman’s League (Singapura), diikuti oleh band tempatan A Million Evil Faces, A Scenic Event, Chugs On Deck, Muntah Darah, Story Ends dan Operation Seven.

The Rebel Union merupakan satu organisasi dan juga komuniti yang seringkali menganjurk­an acara untuk memberi ruang ataupun platform kepada pemuzik dan juga band tempatan agar dapat mengekspre­sikan seni dan juga muzik mereka kepada peminat.

Barisan artis antarabang­sa seperti Pee Wee Gaskins (Indonesia) merupakan artis antarabang­sa yang pernah menjadi headline kepada acara yang telah dianjurkan oleh anak-anak muda dari The Rebel Union.

Dalam Tribute Show untuk Linkin Park ini, band dari Singapura, Iman’s League turut mempromosi­kan album terbaru mereka iaitu ‘The Only Way Is Up’ dan jelajah album mereka juga sedang berjalan dan salah satu destinasi jelahah ialah Kota Kinabalu. Iman’s League merupakan band yang membawakan konsep Punk Rock.

Jualan tiket untuk acara ini sudah dibuka dan peminat boleh mendapatka­n tiket di Rebel Sole, Warisan Square ataupun melalui kumpulan yang tersenarai untuk membuat persembaha­n. Jom datang beramai-ramai untuk memeriahka­n lagi muzik tempatan kita.

 ??  ?? Pelakon Bollywood Salman Khan semasa pelancaran edisi ke-11 pertunjuka­n realiti televisyen ‘Big Boss’ musim ke-11 di Mumbai pada 26 September lepas. Salman akan menjadi hos pertunjuka­n realiti ‘Big Boss’ di India. MERUJUK kepada laporan hiburan...
Pelakon Bollywood Salman Khan semasa pelancaran edisi ke-11 pertunjuka­n realiti televisyen ‘Big Boss’ musim ke-11 di Mumbai pada 26 September lepas. Salman akan menjadi hos pertunjuka­n realiti ‘Big Boss’ di India. MERUJUK kepada laporan hiburan...
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli The Rebel Union.
SEBAHAGIAN ahli The Rebel Union.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia