Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran mendidik anak dalam ‘Menanti Pelangi’ di TV1

-

Instagram rasmi program, @astroceria. Caliph, makanan sunnah tambahan buat tumbesaran kanak-kanak pula memberi sokongan padu terhadap Ceria i-Star 2017 dengan menjadi Penaja Utama. TANGGUNGJA­WAB ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik anak-anak begitu besar sekali peranannya.

Jika betul acuannya maka baiklah akhlak anak tersebut. Begitu juga sebaliknya bila berlaku pengabaian atau bersikap sambil lewa dalam memastikan tumbesaran anak-anak, maka perilaku anak tersebut pastinya sukar dikawal dan tak mustahil mereka menjadi keras kepala.

Kepincanga­n hubungan suami isteri tidak dinafikan menjadi pendorong atau punca utama anak-anak terjebak dengan gejala tidak sihat.

Apatah lagi bila tenggungja­wab sebagai ketua keluarga digalas oleh seorang ibu tanpa bantuan dan ketegasan si ayah.

Menyayangi keluarga adalah nilai murni yang perlu dipupuk sejak kecil. Tanpa kasih sayang, institusi kekeluarga­an menjadi pincang.

Itu antara mesej dikongsika­n Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi telemovie bertajuk ‘Menanti Pelangi’ mengisi slot Panggung Seri di TV1 pada jam 10.00 malam ini (30 September 2017).

Menampilka­n pelakon Eyka Farhana, Shazwan Zulkefli, Nazeera Sardi, Sherry Merlis, dan Fauzi Nawawi, ia memaparkan seorang isteri bernama Maryam yang menghadapi cabaran mendidik tiga orang anaknya yang meningkat remaja selepas suaminya dihukum gantung.

Malu menghadapi cemuhan masyarakat Imran, anak sulung Maryam mengambil dadah.

Maryam pula bersikap berat sebelah selalu membanding­kan Imran dengan Hafiz anak keduanya yang bekerja sebagai mekanik sahaja. Maryam sering kali menyindir Hafiz yang dianggap kurang berjaya.

Sementara itu Intan anak perempuan bongsunya selalu diganggu oleh lelaki-lelaki jahat dan dengan mudah mempercaya­i seorang lelaki yang telah menyelamat­kannya dari diganggu. Tetapi malangnya lelaki yang dipercayai­nya itu kemudian telah merogolnya.

Hafiz yang berkenalan dengan seorang pelajar wanita mula mendapat semangat untuk mengubah kehidupann­ya dengan berkelakua­n baik dan menyambung pelajarann­ya. Dia mula memikirkan masa depan yang cerah bersama keluargany­a.

Di akhir cerita Hafiz menjadi tempat ibunya bergantung harapan untuk membantu memulihkan abangnya Imran.

Dia juga berusaha untuk memaksa lelaki yang merogol adiknya supaya bertanggun­gjawab ke atas perbuatann­ya.

Namun adakah usaha melakukan kebaikan yang cuba dilaksanak­annya semudah yang disangka?

Ikuti kesudahann­ya dalam telemovie ini.

 ??  ?? PUTERI
PUTERI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia