Utusan Borneo (Sabah)

Banjir kilat di Kota Belud surut

APM jalankan pemantauan berterusan di kawasan berisiko

-

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih melakukan pemantauan keadaan banjir secara berkala meskipun keadaan banjir sudah surut di beberapa kawasan di sini.

Pemangku Pengarah APM Sabah Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud berkata tindakan terbabit dilaksanak­an bagi memastikan keselamata­n penduduk sentiasa terjamin terutamany­a membabitka­n kawasan yang kerap mengalami banjir kilat.

“Hujan berterusan selama dua jam lebih pada petang Khamis menyebabka­n beberapa kampung termasuk Siasai Tamu, Bobot, Ejuk, Kota Belud, Menunggui, Linau, Gunding, Sembirai, Lingkodon, Tanjung Pasir, Wakap, Labuan dan Taun Gusi Keranjanga­n digenangi banjir kilat.

“Kejadian turut menyebabka­n 12 mangsa daripada lima kampung dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Masyarakat Tun Said bermula jam 8 malam,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata pusat pemindahan berkenaan ditutup pada jam 10 pagi Jumaat berikutan keadaan cuaca yang baik dan kesemua mangsa dibenarkan balik ke rumah masingmasi­ng. Katanya hasil bacaan paras air setakat jam 10.30 pagi Jumaat menunjukka­n paras Sungai Kadamaian dan Sungai Tempasuk masih berada pada paras bahaya manakala Sungai Abai di paras amaran tetapi menunjukka­n penurunan.

“Kesemua jalan utama termasuk Jalan Kampung Bobot dan Jalan Siasai Tamu yang tidak boleh dilalui kini boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya.

“Hujan berterusan selama dua jam lebih pada petang Khamis menyebabka­n beberapa kampung termasuk Siasai Tamu, Bobot, Ejuk, Kota Belud, Menunggui, Linau, Gunding, Sembirai, Lingkodon, Tanjung Pasir, Wakap, Labuan dan Taun Gusi Keranjanga­n digenangi banjir kilat.

LEFTENAN KOLONEL MOHD IZAIMI MD DAUD Pemangku Pengarah APM Sabah

 ??  ?? MANGSA banjir bergambar bersama anggota APM sebelum balik ke rumah masing-masing.
MANGSA banjir bergambar bersama anggota APM sebelum balik ke rumah masing-masing.
 ??  ?? ANGGOTA APM mengemas Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Masyarakat Tun Said selepas mangsa banjir dibenarkan balik.
ANGGOTA APM mengemas Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Masyarakat Tun Said selepas mangsa banjir dibenarkan balik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia