Utusan Borneo (Sabah)

Beri tumpuan keperluan utama mangsa kebakaran

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sekolah Kebangsaan Kaingaran Ranau muncul juara keseluruha­n dalam pertanding­an Karnival Kebudayaan Murid Prasekolah 2017.

Dengan keputusan itu, mereka membawa balik hadiah wang tunai RM2,000, piala dan sijil.

Sekolah itu berjaya mengalahka­n 13 sekolah lain yang mana Tadika Ria Yayasan Sabah mendapat tempat kedua dan Tadika Cinta Sayang Kota Marudu ketiga.

Naib johan dan ketiga masing-masing membawa balik hadiah wang tunai RM1,500, piala dan sijil, serta RM1,000, piala dan sijil.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, penganjura­n karnival itu adalah sesuatu yang baik bagi memastikan murid-murid maju dalam pendidikan serta jati diri sebagai anak Sabah kekal.

Katanya ia juga boleh memastikan anak Sabah bangga dengan budaya masing-masing. Pendidikan kebudayaan seumpamany­a wajar dilakukan dari bangku sekolah.

“Anak-anak kita boleh maju dalam bidang pendidikan tetapi persoalann­ya adakah anak kita masih cemerlang dalam membudayak­an diri dan kekal merasa bangga sebagai ahli suku kaumnya?

“Ada yang mengatakan kita harus berusaha untuk memastikan kita bersatu padu dan kurang fikirkan suku kaum masing-masing... bagi saya intergrasi dan perpaduan sebenar hanya tercapai apabila setiap diri kita merasa selesa bergabung dalam kepelbagai­an.

“Sebagai contoh, kita bangga jadi orang Malaysia tapi pada masa sama turut bangga menjadi anak Sabah... kita juga bangga kerana kita berasal dari suku kaum masing-masing,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Kebudayaan Murid Prasekolah 2017, di sini pada Sabtu.

Masidi berpendapa­t pembanguna­n minda sebenarnya adalah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang tetapi masih berbangga mempunyai jati diri yang berasal dari masyarakat yang pelbagai di sini.

Sementarai­tu,NaibCansel­or Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr D Kamarudin D Mudin berkata, karnival itu penting bagi melentur sifat-sifat positif kanak-kanak mencintai negara dan cara mendedahka­n mereka dengan rakan lain dalam acara itu.

“Menerusi karnival ini, ia dapat memanfaatk­an peluang yang ada bagi mencungkil bakat kanak-kanak supaya dapat diterampil­kan bukan sahaja dapat bersaing di peringkat universiti tetapi di peringkat kebangsaan nanti.

“Saya juga ingin mengesyork­an guru-guru prasekolah mewujudkan kerjasama dalam usaha membangunk­an potensi kanak-kanak agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah,” katanya.

Menurutnya, jalinan kerjasama secara berterusan sudah tentu boleh memberikan impak besar kepada perkembang­an kanakkanak terutamany­a dalam mencipta peluang kepada mereka menimba pengalaman melalui penyertaan dalam karnival.

 ??  ?? MASIDI (empat kanan) dan Kamarudin (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama johan pertanding­an.
MASIDI (empat kanan) dan Kamarudin (lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama johan pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia