Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kelulusan laksanakan projek di lot Karambunai

-

LABUAN: Ahli Dewan Negara Senator Datuk Haji Bashir Alias telah meraikan 80 peserta tempatan dan luar negara yang menyertai Photo Hunt sempena Borneo Art Festival (BAF) 2017 pada majlis makan malam di pekarangan Hotel Fortune, malam Khamis lalu.

Selain peserta dari Malaysia, pertanding­an itu dimeriahka­n dengan penyertaan peserta dari Filipina, Indonesia dan Brunei.

Turut hadir pada majlis makan malam itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Khalid Abd Ghani dan Pengerusi Labuan Society, Azhar Othman.

Bashir dalam ucapannya mengucapka­n tahniah dan syabas kepada Labuan Society dan Perbadanan Labuan yang menjadi penganjur bersama Photo Hunt 2017.

Beliau yakin kehadiran peserta dari dalam dan luar negara itu akan menjana ekonomi dan merancakka­n lagi industri pelanconga­n tempatan.

“Inilah masanya yang sesuai dan tepat untuk penggemar foto untuk merakam keindahan dan kecantikan panorama Wilayah Persekutua­n Labuan untuk dikongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di mana jua berada,” katanya.

Majlis yang bermula pukul 8 malam itu dimeriahka­n dengan persembaha­n nyanyian dan tarian oleh artis seni visual tempatan dan luar negara.

PhotoHuntt­urutmendap­at kerjasama Persatuan Penggiat Media Labuan, Persatuan Fotografi Labuan dan Geng Kaki Foto.

Pelbagai acara BAF seperti pameran, pertanding­an, bengkel,demodanbic­araseni serta tarian diadakan di Foyer Level 2, Dewan Konvensyen Ujana Kewangan untuk menyaksika­n kehebatan artis seni visual dan jurufoto dari empat negara, Brunei, Indonesia, Filipina dan Malaysia bermula hari ini hingga Ahad.

 ??  ?? BASHIR (duduk empat kanan), Azhar Ahmad (duduk dua kiri), Khalid (duduk tiga kiri) dan Azhar Othman (berdiri empat kanan) bersama AJK Penganjur dari Labuan Society.
BASHIR (duduk empat kanan), Azhar Ahmad (duduk dua kiri), Khalid (duduk tiga kiri) dan Azhar Othman (berdiri empat kanan) bersama AJK Penganjur dari Labuan Society.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia