Utusan Borneo (Sabah)

LINDUNGI HAIWAN TERANCAM

Pinda undang-undang dalam Enakmen Hidupan Liar

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan mempertimb­angkan untuk meminda undang-undang sedia ada dalam Enakmen Hidupan Liar Sabah, dalam usaha memberikan perlindung­an kepada semua haiwan terancam di negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, usaha ke arah itu masih dalam perbincang­an dan khidmat nasihat perundanga­n juga sedang dilakukan.

“Apabila pindaan ini berjaya, tertuduh dikehendak­i membuktika­n bahawa dia tidak melakukan jenayah itu berbanding undang-undang sekarang yang mengkehend­aki pihak pendakwa membuktika­n tertuduh melakukan jenayah.

“Pindaan sedemikian sangat diperlukan memandangk­an terdapat kes-kes berkaitan dengan pelanggara­nenakmenit­uyang berlaku di ladang tertentu, tetapi tidak ada seorang pun tampil sebagai saksi,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Kebudayaan Murid Prasekolah 2017, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pindaan itu penting memandangk­an aktiviti pemburuan haram kebelakang­an ini sangat aktif sehinggaka­n terdapat haiwan terancam seperti gajah dan sebagainya dibunuh barubaru ini.

Masidi bemberitah­u dalam satu mesyuarat yang diadakan bersama Jabatan Hidupan Liar baru-baru ini, pelbagai idea dan cadangan telah diilhamkan.

“Antara hasil daripada mesyuarat itu adalah Jabatan Hidupan Liar perlu bekerjasam­a dengan TamanTaman Sabah dan juga Jabatan Perhutanan untuk melindungi haiwan terancam di Sabah.

“Aset dari ketiga-tiga jabatan itu boleh digunakan bersama untuk tujuan berkenaan memandangk­an tanggungja­wab itu juga dipikul oleh ketiga-tiga jabatan terbabit,” katanya.

Beliau juga menyeru agar semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai perlu menyalurka­n maklumat mengenai aktiviti pemburuan haram sekiranya mengesani aktiviti itu.

Katanya, tindakan seumpamany­a membolehka­n pihak kerajaan khususnya Jabatan Hidupan Liar sampai ke lokasi kejadian bagi menyiasat perkara itu dengan kadar segera.

“Janganlah hanya pandai menerbitka­n di laman Facebook dan tunggu sehingga beberapa hari untuk mendapat 10 ribu ‘Like’ barulah melaporkan perkara itu kepada pihak berkaitan.

“Apagunanya­menerbitka­n

(belakang, empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama wakil sekolah yang menyertai pertanding­an dalam karnival itu.

isu itu di Facebook untuk mendapat like tetapi tidak dapat menangkap dalang sebenar kejadian itu,” katanya.

Masidi yang kecewa dengan aktiviti pemburuan haram itu turut menjelaska­n bahawa Jabatan Hidupan Liar turut mencadangk­an bahawa pemilik ladang di Sabah perlu diberikan tanggungja­wab melindungi hidupan liar seperti gajah.

Katanya, sekiranya terdapat gajah atau hidupan liar lain memasuki kawasan ladang mereka, pengusaha ladang perlu melindungi haiwan itu bagi pihak kerajaan.

Sementara itu, Masidi turut menjelaska­n bahawa isu pembunuhan penyu di Pulau Bum Bum Semporna baru-baru ini masih dalam siasatan.

“Kes ini bukan senang dan masih dalam siasatan, bagaimanap­un laporan awal mengatakan bahawa bukan sahaja daging dan organ dalaman penyu diambil tetapi juga cengkerang dada (Plastron).

“Cengkerang dada penyu diambil dipercayai untuk tujuan perubatan tradisiona­l...dagingnya memang diambil tetapi bukan sebab utama kenapa penyu ini diburu,” katanya.

Menurutnya, kes seumpamany­a mempunyai cabaranbes­armemandan­gkan penduduk berkaitan sering berpindah-randah.

“Sebagai contoh, masyarakat Pala’u di kawasan berkenaan yang sering berpindah-randah. Kita juga berhadapan cabaran sempadan dan sebagainya,” katanya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI
 ??  ?? MESYUARAT: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman (dua dari kiri) yang juga Ketua Umno Sabah dan ahli Majlis Tertinggi Umno menghadiri mesyuarat yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia...
MESYUARAT: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman (dua dari kiri) yang juga Ketua Umno Sabah dan ahli Majlis Tertinggi Umno menghadiri mesyuarat yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia