Utusan Borneo (Sabah)

Belia perlu pilih bidang latihan kemahiran

- HAN Oleh YAP SIONG

KOTA KINABALU: Golongan belia yang tidak dapat meneruskan pengajian dan pembelajar­an dalam bidang akademik di universiti atau institusi pendidikan lain perlu memilih bidang latihan yang memberi kemahiran dalam pelbagai kerjaya.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat berkata, para belia digalakkan agar sentiasa berusaha dan berfikiran positif.

“Mereka tidak perlu jemu menimba ilmu serta pengalaman dan seterusnya menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negeri yang berpendapa­tan tinggi.

“Selain mencari kerja, para belia juga digalakkan untuk mencipta pekerjaan sendiri dengan pewujudan perniagaan,” katanya ketika merasmikan Majlis Pameran Latihan Kemahiran Peringkat Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, terdapat 40 gerai menyertai pameran itu melibatkan penyedia latihan swasta serta jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Katanya, penyertaan yang ramai dari kalangan penyedia latihan membolehka­n semakin banyak peluang untuk para pengunjung atau belia yang benar-benar mahu meningkatk­an kerjaya masing-masing.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, sebanyak 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan yang diwujudkan dijangka memerlukan kelayakan berkaitan pendidikan vokasioal dan teknikal serta latihan.

“Bagi memenuhi keperluan ini, negara kita perlu mengambil pelatih secara berperingk­at untuk mencapai sasaran pengambila­n itu,” katanya.

Menurutnya, kini wujudnya jurang antara pengetahua­n, kemahiran dan sikap graduan berbanding keperluan di tempat kerja.

Oleh itu, Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) di bawah kementeria­nnya adalah antara platform untuk mengurangk­an jurang itu dan seterusnya melahirkan tenaga kerja mahir di Sabah dengan meningkatk­an kebolehker­jaan graduan.

“Negara kita bakal memasuki era baharu dalam Revolusi Perindustr­ian Keempat iaitu revolusi yang melibatkan teknologi, alam fizikal dan biologi.

“Oleh itu, cabaran teknologi baharu yang kompleks itu perlu diberi penekanan sewajarnya, supaya negara kita dapat terus bersaing di peringkat global,” katanya.-

 ??  ?? SIRINGAN (dua kanan) meninjau pameran yang diadakan.
SIRINGAN (dua kanan) meninjau pameran yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia