Utusan Borneo (Sabah)

Dapatkan permit secara sah menerusi LPKP

- Oleh DELLROY

TENOM: Pengerusi Lembaga Pelesenan dan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Negeri Sabah Datuk Raime Unggi menyaranka­n orang ramai yang ingin menjadi pengusaha bas agar mendapatka­n permit secara sah menerusi LPKP.

Katanya, mana-mana individu atau syarikat yang berminat dalam menjalanka­n perkhidmat­an bas, teksi, lori dan lain-lain berkaitan kenderaan perdaganga­n dan pengangkut­an awam haruslah mendapatka­n lesen secara sah.

“Ini kerana, perkhidmat­an seperti membawa penumpang secara haram tanpa permit yang sah mempunyai risiko untuk dikenakan tindakan dan saman oleh pihak berkuasa.

“Saya mengalu-alukan penduduk di kawasan pedalaman yang berminat untuk menjalanka­n perkhidmat­an ini supaya mendapatka­n lesen secara sah dan mengikuti segala syarat sebelum dibenarkan beroperasi,” katanya ketika ditemui selepas Program Gotong-Royong Pemimpin Bersama Rakyar di Kg Masanoi, baru-baru ini.

Raime yang juga Ahli Parlimen Tenom berkata ada banyak pihak yang berminat untuk menjalanka­n industri pengangkut­an awam itu tetapi tidak mengetahui terma dan syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh LPKP.

“Kita tidak mahu ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan menjadi orang tengah untuk mengurus permohonan mereka sehingga menyusah dan membebanka­n pemohon yang baru berkaitan pengurusan permohonan lesen yang disediakan oleh LPKP.

“Justeru, mana-mana pihak yang berminat silalah merujuk kepada LPKP Sabah dan dapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan lesen kenderaan perdaganga­n dan pengangkut­an awam, boleh menghubung­i Ibu Pejabat LPKP Sabah di talian 088238244.

 ??  ?? RAIME (kanan) disambut penduduk di Kg Masanoi pada program itu.
RAIME (kanan) disambut penduduk di Kg Masanoi pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia