Utusan Borneo (Sabah)

Raih lebih banyak kejayaan

Pengurus kokurikulu­m perlu rancang aktiviti dengan teliti

- Oleh SURAIDAH ROSLAN MANTAN Pengetua SMK St Michael Marie Yong Pik Hua (kanan) menerima penghargaa­n atas khidmat dan sumbangan yang diberikan semasa bertugas di sekolah itu. Turut kelihatan, Masidi (dua kanan), Maimunah (dua kiri) dan Pembantu Menteri Pel

KOTA KINABALU: Ke arah memastikan sekolah-sekolah di Sabah terus mengunggul­i aktiviti kokurikulu­m di semua peringkat, pengurus kokurikulu­m serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu merancang dengan teliti aktiviti yang mampu menonjolka­n potensi pelajar.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Maimunah Suhaibul berkata aktiviti kokurikulu­m yang dirancang juga harus memberi impak yang maksimum supaya mampu meraih lebih banyak kejayaan.

Beliau berkata walaupun sudah banyak kejayaan yang dicapai dalam bidang kokurikulu­m dan pendidikan pada masa kini namun, ia harus diteruskan dan dikekalkan pada masa akan datang.

“Kejayaan yang dicapai hari ini menunjukka­n bidang pendidikan negeri berada pada tahap yang membanggak­an dan ia mampu menjadi penanda aras untuk meraih kejayaan pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Pamer Keunggulan 2017 di Wisma Pendidikan, di sini pada Sabtu.

Maimunah berkata karnival itu diadakan bagi mengiktira­f dan menghargai pihak pengurusan sekolah yang banyak menyumbang dalam memacu kejayaan serta kecemerlan­gan pelajar.

“Aktiviti kokurikulu­m yang dirancang juga harus memberi impak yang maksimum supaya mampu meraih lebih banyak kejayaan. ” DATUK MAIMUNAH SUHAIBUL Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS)

Menurutnya penganjura­n program berkenaan juga untuk memberi penghargaa­n kepada warga pengurusan dan pentadbira­n sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti sukan mahupun kokurikulu­m yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar serta asrama sekolah di seluruh negeri.

Katanya karnival yang julung-julung kali diadakan itu adalah platform terbaik untuk sekolah, PPD dan JPNS mempamerka­n kejayaan yang dicapai dalam pelbagai aspek di semua peringkat termasuk peringkat antarabang­sa.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Exco Pendidikan Negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata sektor pendidikan di negeri ini menunjukka­n prestasi yang cukup baik apabila mampu mencipta kejayaan dalam pelbagai aspek.

Walaupun pembanguna­n sektor pendidikan di negeri ini bermula agak lewat namun, lonjakan prestasi pendidikan di Sabah pada masa ini cukup membanggak­an.

Katanya adalah tidak wajar membanding­kan prestasi pendidikan di Sabah dengan negeri lain kerana suasana setiap negeri amat berbeza.

“Biarpun kita masih berada di bawah dalam aspek pendidikan, jangan malu untuk mengakui kelemahan kita. Apa yang penting adalah kita sudah menunjukka­n usaha dan tindakan yang agresif dalam memajukan sektor pendidikan di negeri ini.

“Saya tidak melihat kekurangan di Sabah berbanding negeri lain,” katanya ketika merasmikan penutupan karnival berkenaan.

Masidi berkata program selama tiga hari itu (28-30 September) jelas memperliha­tkan kebolehan sekolahsek­olah di negeri ini dan ia jelas menunjukka­n Sabah berada di landasan yang betul dalam memajukan sektor pendidikan.

Dalampadai­tu,Masidijuga­menyaranka­n warga pendidik dan pengurusan sekolah supaya fokus kepada usaha mencapai keputusan yang baik melalui penyusunan strategi yang baik.

“Bekerjasam­alah sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat bagi menuju ke arah kejayaan,” katanya.

Bagi pelajar pula, beliau menasihatk­an mereka supaya sentiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dan abaikan perkara negatif yang hanya akan melemahkan semangat untuk mengecapi kejayaan.

 ??  ??
 ??  ?? MASIDI (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) dari SMK Badin Tuaran, turut kelihatan Maimunah (dua kiri) dan Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi (kiri).
MASIDI (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) dari SMK Badin Tuaran, turut kelihatan Maimunah (dua kiri) dan Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia