Utusan Borneo (Sabah)

Beri tumpuan keperluan utama mangsa kebakaran

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada keperluan utama mangsa di Kampung Sim-Sim yang terlibat bencana kebakaran pada Jumaat.

Beliau yang juga Adun Tanjung Papat berkata antara keperluan itu termasuk memohon semula dokumen diri, kelengkapa­n sekolah anak-anak dan keperluan bayi serta penempatan sementara.

“Saya melawat mangsa kebakaran dan pihak kita sudah buat senarai nama mangsa kebakaran melibatkan 144 orang dari 20 rumah.

“Dalam senarai paling utama, saya minta polis dan Jabatan Pendaftara­n Negara untuk mempercepa­t permohonan dokumen diri mangsa. Kita juga senaraikan nama pelajar sekolah yang kehilangan kelengkapa­n sekolah selain keperluan untuk bayi,” katanya kepada media selepas melawat tapak kebakaran dan mangsa di Masjid Daerah Sandakan pada Sabtu.

Raymond berkata, pihaknya juga akan meneliti dan menentukan mangsa yang terlibat adalah pemilik ataupun penyewa rumah sebelum berbincang dengan Majlis Perbandara­n Sandakan untuk penempatan mereka di lokasi yang sesuai termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Kerajaan juga akan menghulurk­an bantuan yang sepatutnya seperti keperluan tempat tidur dan makanan. Tetapi yang lebih menjadi kebimbanga­n adalah tempat tinggal,” katanya.

Dalamkejad­ianjam12.28tengahar­iJumaat, sebanyak 20 rumah di Kampung Sim-Sim telah telah musnah dalam kebakaran.

 ??  ?? RAYMOND melawat tapak kebakaran di Kampung Sim-Sim.
RAYMOND melawat tapak kebakaran di Kampung Sim-Sim.
 ??  ?? RAYMOND (tiga kiri) meluangkan masa berbual dengan salah seorang mangsa kebakaran.
RAYMOND (tiga kiri) meluangkan masa berbual dengan salah seorang mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia