Utusan Borneo (Sabah)

Guna kemahiran jana ekonomi keluarga

-

KOTA KINABALU: Golongan suri rumah, ibu tunggal dan beliawanis disaran menggunaka­nkemahiran­yang diperoleh bagi meningkat ekonomi keluarga.

Pengarah GiatMara Sabah Mohd Fazal Baniamin berkata, program Latihan 1Malaysia GiatMara yang dilaksanak­an adalah untuk memperkasa­kan kehidupan seharian golongan berkenaan dalam bidang sosial dan ekonomi.

Katanya, antara program yang diadakan ialah kursus, seminar, bengkel dan latihan kemahiran yang memberikan mereka nilai tambah untuk menjana pendapatan.

“Sebagai contoh, melalui program yang dijalankan dalam Latihan 1Malaysia seperti urutan badan dan rawatan mata, peserta akan diberikan kemahiran yang membolehka­n mereka beroperasi dari rumah tetapi dapat menambah pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Program Latihan 1Malaysia GiatMara Sabah di pejabat Umno Kota Kinabalu di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengurus GiatMara Kota Kinabalu Mushdi Beludtu, Ketua Wanita Umno Kota Kinabalu Datuk Rosimah Zakaria, Naib Ketua Wanita Umno Kota Kinabalu Nuriya Muamil, Penyelaras Program Siti Ruani Juani serta 30 ahli Umno daripada Zon Api Api Parlimen Kota Kinabalu.

Program itu adalah anjuran GiatMara Kota Kinabalu dengan kerjasama Wanita Umno Kota Kinabalu dari Zon Api Api Parlimen Kota Kinabalu.

Mohd Fazal berkata, lebih banyak program berkaitan akan diadakan kerana terbukti memberi manfaat kepada golongan wanita dan keluarga mereka.

“Program diadakan mengikut keperluan dan kemahuan wanita setempat serta diadakan secara percuma,” katanya.

Katanya, golongan suri rumah dan beliawanis yang melibatkan diri dalam program itu harus bersedia untuk melakukan adaptasi dan perubahan yang sesuai dengan perkembang­an semasa sekiranya ingin berjaya dalam dunia perniagaan.

“Mereka (belia) perlu belajar untuk berniaga dan harus bijak menilai serta melihat apa yang boleh dilakukan untuk menambahba­ik perniagaan mereka atau memilih perniagaan yang pelanggan suka,” katanya.

Jelasnya, pendedahan tentang kemahiran membuat pelbagai bidang yang ditawarkan GiatMara bukan sahaja boleh digunakan untuk memenuhi keperluan keluarga, tetapi jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh boleh menjadi punca pendapatan keluarga.

 ??  ?? ROSIMAH menerima cenderahat­i daripada Mohd Fazal sambil diperhatik­an oleh Mushdi, Nuriya dan Ruani.
ROSIMAH menerima cenderahat­i daripada Mohd Fazal sambil diperhatik­an oleh Mushdi, Nuriya dan Ruani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia