Utusan Borneo (Sabah)

Upko Beaufort sedia hadapi PRU-14

Limus ingatkan ahli parti terhadap pihak tertentu cuba menangguk di air keruh

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Parti Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Bersatu (Upko) Bahagian Beaufort sudah mempersiap­kan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada bila-bila masa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu selaku Ketua Upko Bahagian Beaufort Limus Jury berkata persiapan sewajarnya sudah dibuat dan jentera parti sedia digerakkan sebaik ‘wisel pilihan raya ditiup’.

Katanya, ketua jentera pilihan raya di semua bahagian Upko juga sudah dilantik, manakala lawatan ke setiap bahagian juga sudahdibua­tuntukmene­ntukan kesiapsiag­aan parti.

“Upko Bahagian Beaufort ikhlas menggemble­ng usaha pemantapan parti dan Barisan Nasional (BN) kerana kita sayangkan parti ini, tempat kita berpayung, sejak dari dahulu hingga sekarang.

“Justeru, marilah kita perkuatkan tekad dan azam demi kemenangan Upko dan Barisan Nasional,” katanya ketika merasmikan Program Setia Budi Semarak Kasih Pusat Daerah Mengundi

LIMUS menyampaik­an peralatan muzik kepada salah sebuah gereja. “Upko Bahagian Beaufort ikhlas menggemble­ng usaha pemantapan parti dan Barisan Nasional (BN) kerana kita sayangkan parti ini, tempat kita berpayung, sejak dari ” dahulu hingga sekarang

(PDM) Bundu, di sini pada Sabtu.

Pelbagai acara diadakan sebagai pengisian program, termasuk sesi dialog dengan jabatan kerajaan bersama masyarakat setempat.

Limus berkata, sesuai dengan tema program itu, ahli parti perlu terus bersetia dalam perjuangan politik Barisan Nasional (BN) bagi menyemarak­kan lagi rasa kasih dan sayang atara satu sama lain.

Selain itu, beliau mahu rakyat terus bersama-sama pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Hj Aman.

Beliau juga berharap tidak LIMUS JURY

Ketua Upko Bahagian Beaufort ada ahli Upko terpedaya dan terperangk­ap dengan permainan politik pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh atau bermain gunting dalam lipatan.

“Jangan kita terbawa-bawa rentak pembangkan­g, yang sentiasa mengintai ruang dan peluang. Pihak pembangkan­g sekadar bermain politik murahan, menghentam peribadi dan personalit­i, semata-mata untuk survival politik,” katanya.

Menurutnya, sepanjang menjadi wakil rakyat sejak PRU-13, beliau telah berusaha membawa perubahan demi perubahan untuk Kuala Penyu, seiring slogan Aspirasi Menuju Transforma­si.

“Hasilnya, parti Upko kita terus membangun dan bertapak, berkat semangat jitu kita untuk membela nasib rakyat,” katanya sambil mengakui masih banyak lagi agenda dalam perancanga­nnya untuk kawasan Kuala Penyu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak yang terlibat dalam acara pertanding­an Ratu Kanak-kanak.
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang terlibat dalam acara pertanding­an Ratu Kanak-kanak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia