Utusan Borneo (Sabah)

Susulan dua anggota meninggal dunia ketika latihan, TLDM tubuh Lembaga Siasatan

-

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, pada Jumaat.

TLDM dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian.

“Lembaga Siasatan ini akan meneliti SOP sedia ada dan sekiranya terdapat pelanggara­n terhadap SOP tersebut, TLDM tidak akan berkomprom­i atau melindungi individu yang melanggari prosedur semasa melaksanak­an tugas,” kata kenyataan itu.

Dua anggota TLDM LK I PNK Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatulma­n Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan.

Kenyataan itu berkata ketika menjalani latihan tersebut, anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas.

“Mereka telah diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan dan panggilan kecemasan telah dibuat. Kedua-dua anggota telah disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

“Hasil pemeriksaa­n awal doktor bertugas terhadap kedua-dua anggota itu tidak menunjukka­n sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal pada anggota badan mangsa,” kata kenyataan itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia