Utusan Borneo (Sabah)

Separuh pembangkan­g tinggalkan Kemboja

-

PHNOM PENH: Kirakira separuh anggota pembangkan­g dalam Parlimen Kemboja meninggalk­an negara kerana bimbang dengan tindakan kerajaan Perdana Menteri Hun Sen, menurut seorang timbalan ketua parti.

Pemimpin Parti Penyelamat Negara Kemboja (CNRP) Kem Sokha ditangkap pada 3 September dan didakwa mahu membelot dengan rancangan merampas kuasa dengan bantuan Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan menyatakan lebih banyak tangkapan akan dibuat berkaitan rancangan tersebut, yang menurut pihak pembangkan­g hanyalah muslihat bagi memastikan Hun Sen mempertaha­nkan kuasanya lebih tiga dekad menjelang pilihan raya umum tahun depan.

Parti pemerintah Hun Sen, Parti Rakyat Kemboja (CPP) mempunyai majoriti tipis dalam Parlimen 123 anggota, yang mengundi pada 11 September bagi membenarka­n pendakwaan Kem Sokha dalam tinjauan yang diboikot anggota pembangkan­g.

“Kira-kira separuh kini berada di luar negara keranan bimbang ditangkap,” Mu Sochua, salah seorang daripada tiga timbalan kepada Kem Sokha memberitah­u kelmarin.

“Saya sedang mengambil peluang saya.

“Kita tidak boleh hidup dalam ketakutan dan membiarkan ketakutan melumpuhka­n kita,” tegasnya.

Beliau menyatakan pihak parti masih lagi berhubung dengan anggota yang berada di luar negara ketika pembangkan­g cuba mendapatka­n tekanan antarabang­sa terhadap kerajaan.

Jurucakap parti pemerintah menyatakan ia adalah satu isu dalaman CNRP sekiranya anggotanya berada di luar negara.

Jurucakap Sok Eysan berkata, CPP percayakan budaya dialog namun ‘tindakan jenayah’ Kem Sokha telah memusnahka­nnya.

“Kapal telah meninggalk­an pelabuhan maka semuanya sudah terlambat,” kata Sok Eysan.

Kerajaan berkata, parti Kem Sokha akan dibubarkan jika ia tidak menggugurk­an beliau sebagai ketuanya, sesuatu yang menurut CNRP tidak akan dilakukann­ya.

Ketika Barat mengecam penahanan Kem Sokha dan menyeru pembebasan­nya, Hun Sen menerima sokongan sekutu rapatnya China, yang juga penyumbang terbesar kepada negara-negara termiskin di Asia Tenggara.

Mu Sochua menyatakan beliau masih berharap Barat akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap kerajaan, namun tidak menjelaska­n lanjut.

“Satu kenyataan sahaja tidak akan membantu,” kata beliau.

Bukti yang dikemukaka­n terhadap Kem Sokha setakat ini berupa sebuah video 2013 di mana beliau memberitah­u penyokong bahawa beliau mendapat sokongan daripada rakyat Amerika yang tidak dikenali bagi satu rancangan untuk mendapatka­n kuasa.

Pembangkan­g menyatakan ia merupakan strategi pilihan raya, bukannya rancangan rampasan kuasa. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR fail 25 September menunjukka­n Ahli Parlimen CNRP Son Chhay bercakap semasa sidang akhbar di Phnom Penh.
— Gambar Reuters GAMBAR fail 25 September menunjukka­n Ahli Parlimen CNRP Son Chhay bercakap semasa sidang akhbar di Phnom Penh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia