Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki disyaki racun makanan bayi di Jerman ditangkap

-

FRANKFURT AM MAIN: Polis Jerman semalam mengumumka­n penahanan seorang lelaki berusia 55 tahun yang disyaki meracun makanan bayi dan mengancam untuk mencemarka­n produk lain di kedai-kedai di seluruh negara serta Eropah.

Lelaki terbabit telah ditahan para pegawai dekat Tubingen, selatan Stuttgart, susulan maklumat yang diterima daripada orang awam, menurut kenyataan bersama pasukan polis dan pendakwa raya persekutua­n.

Pihakpolis­padaKhamis lalu telah memaklumka­n kepada orang awam tentang risiko makanan diracuni dan menyatakan seseorang telah mengugut untuk melakukann­ya sekiranya tidak menerima wang tunai jutaan euro.

Pihak berkuasa mendedahka­n rakaman kamera pemantauan yang memaparkan suspek yang digambarka­n berusia sekitar 50-an dan memakai topi putih serta bercermin mata, sekali gus menjurus kepada penahanan tersebut.

Untuk meningkatk­an tuntutanny­a, suspek telah meracun lima produk makanan bayi dan minggu lepas memaklumka­n polis lokasi kedai di mana ia diletakkan, di bandar selatan Friedrichs­hafen dekat Tasik Constance.

Makanan tersebut yang dicemari etilen glikol, bahan kimia dalam cecair antibeku dan cecair brek, telah berjaya dikeluarka­n dari pasaran.

Hasil rakaman video pemantauan di kedaikedai di mana balang makanan bayi itu dikenal pasti, polis berjaya mendapatka­n imej jelas yang memaparkan muka suspek yang setakat ini tidak didedahkan identitiny­a lebih lanjut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia