Utusan Borneo (Sabah)

MoU sokong transforma­si ekonomi Sarawak

UNIMAS dan TUT berkolabor­atif sokong program transforma­si kepada ekonomi digital

-

TALLIAN, (Estonia): Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Tallinn University of Technology (TUT) Khamis lepas menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi membolehka­n kolaborati­f strategik antara keduadua universiti dalam usaha menyokong program transforma­si Sarawak kepada ekonomi digital.

MoU itu ditandatan­gani oleh Naib Canselor UNIMAS Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Rektor TUT Jaak Aavikso.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n UNIMAS, MoU itu meliputi tiga bidang teknikal penting iaitu penyelidik­an berkaitan Ekerajaan, Keselamata­n Siber dan Teknologi ‘Blockchain’ serta ‘Big Data’ dan Analitik.

Penyelidik­an berkaitan E-kerajaan itu termasuk penggunaan kejurutera­an diperlukan sebagai model dan menilai keberkesan­an inisiatif ekonomi digital untuk Sarawak.

Majlis menandatan­gani MoU itu disaksikan oleh Ketua MenteriDat­ukPatinggi­Abang Johari Tun Openg dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Duta Malaysia ke Finland, Latvia dan Estonia Puan Sri Blanche Olbery, Konsul Kehormat Estonia di Malaysia Dato’ Harba Singh dan ketua-ketua jabatan serta agensi yang menyertai rombongan Ketua Menteri melakukan lawatan sambil belajar ke Eropah.

MoU itu juga membolehka­n UNIMAS dan TUT bekerjasam­a dalam bidang penyelidik­an, projek pelajar dan latihan, sesi ceramah untuk pelajar serta ahli fakulti termasuk membangunk­an kurikulum dan silibus.

Kerjasama itu juga diperluask­an kepada pertukaran staf akademik atau ahli fakulti untuk penyelidik­ansertapen­gajaran, penyertaan dalam seminar dan mesyuarat akademik oleh staf akademik juga ahli fakulti termasuk program-program pendidikan jangka pendek.

Sebagai tambahan, Profesor Kuldar Taveter dari TUT ditawar jawatan Profesor Pelawat UNIMAS sebagai sebahagian daripada kolaborati­f antara kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.

“Diharap dengan termeterai­nya MoU antara UNIMAS dan TUT, hubungan antara kedua-dua institusi akan diperkukuh­kan dalam bidang penting serta menyediaka­n sokongan kepada inisiatif ekonomi digital Sarawak,” jelas kenyataan akhbar itu.

Terdahulu, Ketua Menteri dan rombongan mengadakan pertemuan dengan Menteri Keusahawan­an dan Maklumat Estonia Urve Palo diikuti dengan pegawai-pegawai utama Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Estonia.

Sementara itu, satu lagi rombongand­iketuaiTim­balan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan ke syarikat membuat kertas, AS Estonian Cell di Kunda, kira-kira 110 km dari ibu negara Estonia.

“Diharap dengan termeterai­nya MoU antara UNIMAS dan TUT, hubungan antara kedua-dua institusi akan diperkukuh­kan dalam bidang penting serta menyediaka­n sokongan kepada inisiatif ekonomi digital ” Sarawak. Kenyataan akhbar UNIMAS

 ??  ?? ABANG Johari (tiga kiri) merakam gambar kenangan selepas majlis menandatan­gani MoU antara UNIMAS dan TUT. Turut kelihatan Mohamad Kadim (kiri), Jaak (tiga kanan) dan Morshidi (dua kanan).
ABANG Johari (tiga kiri) merakam gambar kenangan selepas majlis menandatan­gani MoU antara UNIMAS dan TUT. Turut kelihatan Mohamad Kadim (kiri), Jaak (tiga kanan) dan Morshidi (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia