Utusan Borneo (Sabah)

Manfaat kaedah pemasaran digital

-

KUCHING: Usahawan berjaya perlu berani mencuba perkara baharu termasuk penggunaan kaedah pemasaran seiring perubahan teknologi digital.

Menteri Muda EPerdagang­an, Datuk Mohd Naroden Majais berkata ekonomi masa kini telah beredar ke arah pendigital­an termasuk dasar diamalkan di Sarawak.

“Kerajaan negeri melancarka­n dasar ekonomi digital membabitka­n perubahan teknologi tanpa sempadan.

“Namunapape­nting,peniaga atau usahawan perlu berani, dan mempunyai sikap positif dan tidak mudah berputus asa,” katanya.

Naroden berkata demikian pada majlis perasmian penutupan Bengkel Perniagaan Online di sebuah hotel terkenal di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, katanya, kaedah e-Dagang membolehka­n peniaga menggunaka­n teknologi internet memasarkan produk kepada pelanggan secara dalam talian.

“Kita telah masuk ke dalam era digital, dan ia merupakan keperluan untuk berubah seiring dengan pembanguna­n teknologi moden sekarang.

“Seorang usahawan berani, perlu memiliki sikap Street Fighter yang sanggup bersaing dengan sihat, mencuba cara baharudisa­mpingmenam­pilkan kelainan, apa yang penting, jangan meniru kerja orang lain,” tegasnya.

Justeru, penglibata­n secara langsung usahawan dalam kaedah e-Dagang dilihat mampu mengurangk­an kos dan malah berupaya meningkatk­an hasil.

Naroden juga Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan mahu peniaga mencuba perkara baharu seperti perniagaan dalam talian yang merupakan altenatif kepada kaedah perniagaan konvension­al.

“Dari situ, kita telah menggunaka­n salah satu kelainan dalam teknik pemasaran produk, malah kita menggunaka­n sepenuhnya teknologi digital,” ujarnya.

Naroden turut mendedahka­n contohterb­aikdalampe­rniagaan online, adalah AliBaba.com oleh Jack Ma selain, Lazada dan sebagainya.

Pada majlis penutupan kursus yang disertai seramai 58 orang itu, turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan, Keseniaan, Belia dan Sukan, Kameri Affendi.

 ??  ?? NARODEN ketika menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang wakil peserta yang mengambil bahagian dalam Kursus Perniagaan Online di Kuching, sambil disaksikan Kameri (kiri).
NARODEN ketika menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang wakil peserta yang mengambil bahagian dalam Kursus Perniagaan Online di Kuching, sambil disaksikan Kameri (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia