Utusan Borneo (Sabah)

Dua penjenayah tegar ditangkap lagi

-

SIBU: Dua lelaki yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau sekali lagi diberkas polis kerana disyaki mencuri alat-alat binaan rumah kosong (kuarters) milik Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) di Jalan Alu Alu di sini, pagi pada Jumaat.

Bertindak daripada maklumat, sepasukan polis pergi ke lokasi kejadian dan mendapati dua lelaki berumur 29 dan 30 tahun sedang berada di kuarters tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata, kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk pecah rumah, curi motosikal dan jenayah berkaitan penyalahgu­naan dadah dan judi.

Katanya, anggaran kerugian akibat kecurian yang dilaporkan ialah sebanyak RM100,000.

Zailanni berkata, antara barangan yang dilapor hilang termasuk atap (spandex), papan lantai (belian), kayu belian alang (atap) dan batang kayu belian alang (lantai).

Terdahulu, katanya, pengadu telah dimaklumka­n oleh pekerja bahawa rumah kosong tersebut telah dimasuki oleh individu tidak dikenali disyaki mencuri alat-alat binaan rumah kosong tersebut.

Susulan itu, pengadu bersama rakan sekerja membuat laporan polis pada jam 10.40 pagi semalam selepas mendapati banyak papan, kayu belian dan atap lesap disyaki dicuri.

Menurut Zailanni, kedua-dua suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut polis.

“Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 379 dan 448 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menceroboh,” tambahnya.

 ??  ?? PASUKAN polis mengiringi dua suspek ke lokasi kejadian ketika siasatan dijalankan.
PASUKAN polis mengiringi dua suspek ke lokasi kejadian ketika siasatan dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia