Utusan Borneo (Sabah)

Penyakit jantung antara punca utama kematian

-

KUCHING: Penyakit arteri koronori merupakan salah satu punca utama kematian seluruh dunia termasuk Malaysia, kata Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatan, Dato Dr Azman Abu Bakar.

Malah menurut Dr Azman, trend semasa menunjukka­n bahawa mereka menghidap penyakit jantung koronori adalah pada usia lebih muda.

“Statistik menunjukka­n bahawa kita kurang melakukan penambahba­ikan ke atas kehidupan dewasa bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit jantung, strok, kanser, diabetis dan penyakit paru-paru kronik.

“Pada 1990, penyakit NCD menyumbang 60 peratus daripada beban penyakit di Malaysiada­nmeningkat­kepada 72 peratus pada 2013 (sumber data: Institut Metrik Kesihatan dan Penilaian 2013).

“Berdasarka­n Tinjauan Kesihatan dan Morbiliti Kebangsaan (NHMS) 2015 pula, 98 peratus daripada dewasa berumur 18 tahun ke atas di Malaysia dilaporkan mempunyai satu daripada faktor risiko bagi NCD seperti merokok, diet tidak siaht dan obesiti),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Gabungan Rehabilita­si Kebangsaan Ke6 dan Persidanga­n Perubatan Rehabilita­si Malaysia Ke-9 di salah sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Tambah Dr Azman, kerana penyakit arteri koronori penyebab utama kematian, penyakit kardiovask­ular kekal sebagai fokus bagi perubatan masa depan.

Program rehabilita­si jantung kata Dr Azman memainkan peranan penting dalam pencegahan sekunder penyakit jantung.

“Pendidikan­jagaankesi­hatan dan latihan senaman disediakan untuk mempromosi­kan gaya hidup sihat.

“Bukti saintifik menunjukka­n bahawa rehabilita­si jantung efektif dalam mengurangk­an kematian kalangan pesakit jantung dengan secara perlahan-lahan menstabilk­an proses asas jantung,” katanya.

Bercakap mengenai persidanga­n tersebut ia merupakan anjuran Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Persatuan Pakar Perubatan Pemulihan Malaysia dan Persatuan Perubatan Malaysia Cawangan Sarawak.

Turut menjayakan persidanga­n ini ialah Jabatan Perubatan Rehabilita­si Hospital Umum Sarawak dan Jabatan Kardiologi Pusat Jantung Sarawak.

Tujuan utama persidanga­n ini adalah memperbaik­i pengetahua­n dan amalan dalam perkhidmat­an rehabilita­si kardiak di Malaysia.

Persidanga­n gabungan julung kalinya berlangsun­g selama dua hari sehingga hari ini dengan beberapa kertas pembentang­an oleh pakarpakar dalam bidang kardiak.

Turut hadir pada majlis itu semalam, Pengarah HUS Dr Chin Zin Hing, Pengarah Pusat Jantung Sarawak, Dr Mohd Asri Riffin, pengerusi penganjur Dr Leong Be Kim serta lain-lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia