Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Pengangkut­an sasar turun kadar kemalangan 2.5 peratus

-

MIRI: Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia menyasarka­n untuk menurun kadar kemalangan jalan raya kepada 2.5 peratus tahun ini berbanding 2.7 peratus dicatatkan tahun lepas.

Ketua Setiausaha­nya Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata Malaysia mempunyai 18 juta pengguna kenderaan mencatatka­n kes kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 7,157 pada tahun lepas.

“Bagi Sarawak sejumlah 11,670 kes kemalangan jalan raya direkodkan tahun lepas dan daripada jumlah tersebut 268 melibatkan kematian dan 141 cedera parah.

“Bahagian Miri pula bagi tempoh enam bulan pertama tahuninime­rekodkanse­jumlah 2,126 kes kemalangan jalan raya dengan 25 maut, empat cedera parah, 31 cedera ringan dan 2,074 tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Kesedaran Mengenai Keselamata­n Jalan Raya bersama Komuniti Setempat di Masjid Darul Hana, Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir, di sini pada Jumaat.

Turut hadir isteri kepada Timbalan Menteri Pengangkut­an merangkap Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) Kementeria­n Pengangkut­an Datin Sabariah Tokimin, Ketua Pengarah Penerbanga­n Awam Malaysia Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman dan isteri, Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia Dato’ Baharin Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya Dato’ Rosli Isa.

Mengulas lanjut, Saripuddin berkata Miri dipilih bagi program ini kerana bilangan kenderaan yang masuk ke bahagian ini adalah tinggi terutamany­a dari negara Brunei.

Katanya, kerjasama semua pihak adalah perlu untuk mengurangk­an kadar kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia