Utusan Borneo (Sabah)

Negara perlu lebih ramai pegawai OSH terlatih

-

MIRI: Setiap majikan dan industri perlu menerap dan mengamalka­n budaya kerja selamat dan sihat bagi mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan berlaku di tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia Dato Sri Richard Riot Jaem berkata, bagi mencapai tujuan itu negara memerlukan lebih ramai pegawai keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang terlatih.

“Kita memerlukan lebih ramai pegawai OSH terlatih dalam usaha menurunkan kadar kemalangan pekerjaan seterusnya mewujudkan persekitar­an kerja yang kondusif dan selamat,” katanya berucap pada Majlis Konvokesye­n Kolej Antarabang­sa Fajar Kesepuluh di Hotel Pullman pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Tenaga Kerja Sarawak Jack Meredu Ko.

Dalam hal ini, Riot gembira kerana Fajar sejak beberapa tahun lalu terus memainkan peranan penting dalam melahirkan ramai pelajar OSH yang diiktiraf oleh kementeria­n.

“Fajar telah melahirkan ramai pekerja yang dilengkapi dengan OSHsekalig­usmemenuhi­keperluan sektor pekerjaan di negara ini.

“Tenaga kerja ini amat diperlukan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara membangun dan berpendapa­tan tinggi.

“Sebagai menteri yang bertanggun­gjawab dalam pembanguna­n sumber manusia di Malaysia, saya gembira kerana Fajar bukan hanya diiktiraf oleh kementeria­n, malah program diploma OSH diiktiraf oleh OSH UK,” kata Riot.

Sementara itu, sejumlah 351 pelajar berjaya menamat pengajian termasuk dua Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, satu memperoleh Diploma Eksekutif Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, 274 mendapat Diploma Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, 27 mendapat Diploma Perakaunan, lapan mendapat Diploma Perniagaan dan 39 dianugerah­kan Diploma Pengurusan Sumber Manusia.

Empat pelajar menerima Anugerah Pelajar Terbaik iaitu Chung An Shea (Diploma Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan), Choo Min Qi (Diploma Perakaunan), Abraham Atkin James (Diploma Perniagaan) dan Roz Gyna Nuri Griffin (Diploma Pengurusan Sumber Manusia).

Pegawai Eksekutif Kolej Antarabang­sa Fajar Dr Peter Tham ketika berucap pada majlis konvokesye­n itu berkata, majlis itu merupakan sambutan paling bermakna untuk semua graduan.

“Inilah hasil kerja keras, komitmen dan ketabahan anda tunjuk selama ini. Sekarang, dengan kelayakan anda miliki, anda boleh melangkah jauh mencapai kerjaya anda idam-idamkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia