Utusan Borneo (Sabah)

Pan Borneo, bukan sekadar jalan raya

-

DI atas kertas, laluan lebih 2,000 kilometer (km) dari Teluk Melano di penghujung barat daya Sarawak sehingga ke Serudong nun jauh di penghujung negeri Sabah sana hanyalah laluan jalan darat yang panjang menghubung­kan dua negeri Malaysia di pulau Borneo, merentasi negara Brunei Darussalam.

Namun hakikatnya sama seperti Lebuhraya Utara Selatan yang menawarkan perjalanan darat selesa antara Bukit Kayu Hitam di utara dan Johor Bahru di selatan negara, ia bakal menjadi pemangkin utama yang akan memacu pertumbuha­n ekonomi kawasankaw­asan yang direntasin­ya.

Beza perbanding­annya cukup mudah — Lebuhraya Plus membabitka­n laluan sejauh 772km, manakala laluan Pan Borneo menjangkau lebih dua kali ganda jauhnya; dan semasa tol dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru mencecah sehingga lebih RM100 untuk perjalanan sehala, Lebuhraya Pan Borneo — tanpa tol, pandulah sepuas hati.

Agenda transforma­si nasional (TN50) yang menekankan soal ‘inklusif’, ingin melihat seluruh rakyat melangkah seiring untuk maju bersama ke hadapan tanpa meminggirk­an manamana kelompok di belakang dalam membentuk satu keluarga besar yang progresif di bawah satu bendera.

Asalnya, kira-kira 300 penduduk di Telok Melano, kira-kira 100km dari bandar raya Kuching sama sekali tidak menjangka manifesto Barisan Nasional (BN) mengenai tekad lebuh raya yang dianggar bernilai lebih RM29 bilion itu (RM16.49 bilion buat laluan di Sarawak dan RM12.86 bilion di Sabah) yang dijangka siap sekitar tahun 2023, akan turut membawa rahmat kepada mereka.

Telok Melano, perkampung­an nelayan yang kecil bersempada­n dengan Indonesia, tidak mempunyai jalan yang sempurna untuk berhubung dengan dunia luar, dengan hanya Sematan yang menjadi pekan paling hampir, lebih ‘selesa’ dihubungi dengan jalan laut.

Rancangan asal Pan Borneo hanyalah membabitka­n laluan dari Sematan ke Miri sahaja, namun atas permintaan Ketua Menteri Sarawak keenam, Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan pakej laluan 32.77km antara Teluk Melano dan Sematan yang membabitka­n tambahan RM580 juta.

Seorang penduduk, Adenan Saba, 59, berkata apabila disiapkan, laluan itu akan memudahkan perjalanan penduduk ke Sematan, malah seterusnya ke bandar-bandar lain di Sarawak, memandangk­an ketika ini penduduk terpaksa menggunaka­n bot untuk berurusan di Sematan, dan ia adakalanya berbahaya serta terbatas memandangk­an pergerakan­nya bergantung kepada keadaan gelora laut.

Kedudukann­ya di kawasan telok menghadiah­kan panorama pantai indah untuk ditawarkan oleh kirakira 54 keluarga di kawasan ini buat pelancong, di samping makanan laut yang lazat, dan ketika ini terdapat 25 keluarga terbabit dengan program inap desa.

Menurut Adenan, laluan 32.77km yang dijangka siap pada 2019 itu pasti akan dapat membawa lebih ramai pelancong asing ke Telok Melano.

“Sayangnya Allahyarha­m Adenan (Ketua Menteri) sudah tiada.

“Jika beliau masih hidup, pasti beliau akan gembira melihat perkembang­an ini,” katanya.

JALAN PELENGKAP

Jajaran Teluk Melano-Sematan merupakan salah satu daripada sembilan jajaran Pan Borneo yang disiapkan lebih awal berbanding perancanga­n, manakala tiga lagi jajaran mengalami sedikit kelewatan disebabkan sedikit kesulitan dalam soal pengambila­n tanah, namun Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof baru-baru ini memberi jaminan bahawa kerajaan komited keseluruha­n 12 jajaran itu akan disiapkan mengikut jadual.

Selain Pan Borneo, Perdana Menteri turut memuktamad­kan komitmen kerajaan untuk membina rangkaian jalan di kawasan pesisir pantai Sarawak bagi melancarka­n pergerakan dari Sematan terus ke kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE), sebagai pelengkap kepada pembanguna­n lebuhraya tanpa tol itu.

Semasa melancarka­n pembinaan Jambatan Batang Sadong yang bernilai RM231 juta tahun lepas Perdana Menteri berkata, selain Pan Borneo, satu lagi projek utama yang dijadikan keutamaan kerajaan pusat di Sarawak dalam beberapa tahun ini ialah rangkaian jalan raya pesisir pantai.

Jalan raya pesisir pantai merujuk kepada akses yang menghubung­kan pekanpekan seperti Kota Samarahan, Sadong Jaya, Sebuyau, Kabong, Tanjong Manis, Daro, Matu, Balingian, dan seterusnya ke utara menghala sehingga ke Bintulu, sebagai jalan raya sambungan kepada Pan Borneo.

Desakan tugas seorang kontraktor Abang Abdul Kadir, 38, memaksa beliau sering berurusan di pekan-pekan sekitar kawasan pesisir pantai yang dilihatnya berpotensi besar untuk maju ini, dan beliau boleh menceritak­an betapa perjalanan ke utara negeri menerusi pekan-pekan ini boleh dipendekka­n bagi menyediaka­n rangkaian jalan yang lebih efisien dan selesa buat pendudukny­a.

Beliau berkata, jambatan Batang Sadong benar-benar membantu ramai pengguna terutama sekitar Kota Samarahan dan Sadong Jaya memendekka­n perjalanan mereka, namun untuk terus ke utara negeri, masih banyak laluan dan jambatan perlu dibangunka­n.

Menurutnya, ketika ini beliau melihat kerajaan sedang gigih membangunk­an persimpang­an untuk melengkapk­an hubungan antara kampung-kampung serta rumah-rumah panjang di pedalaman dengan lebuh raya mega ini, selaras dengan aspek ‘inklusif’ yang menjadi agenda utama kerajaan.

Berita mengenai keputusan kerajaan untuk membangunk­an jambatan Batang Lupar, jambatan terpanjang di Sarawak yang bernilai RM1 bilion barubaru ini benar-benar disambut dengan rasa gembira, bukan sahaja oleh beliau, tapi boleh dikatakan seluruh penduduk di kawasan pesisir periran Sarawak itu.

Rancangan pembinaan jambatan 5.1km itu telahpun diluluskan dengan dasar perkongsia­n 50-50 antara kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri dan ia dijangka siap dalam tempoh antara 26 dan 60 bulan.

Selang beberapa hari kemudian, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pula mengumumka­n keputusan kerajaan untuk membangunk­an jambatan Batang Lassa bagi melengkapk­an perjalanan darat dari Tanjung Manis ke Mukah, meyusuri pekan-pekan seperti Pulau Bruit, Daro dan Matu.

Menyusuri perjalanan darat dari Kuching menghala ke utara negeri ketika ini, pengguna lebuh raya dapat melihat dengan jelas di kiri dan kanan perjalanan, kerja-kerja pembersiha­n sedang gigih diusahakan, jengkaut berselerak di tepi jalan, pelbagai struktur binaan di tepi jalan sudah dimusnahka­n, dan pembanguna­n fizikal dapat dilihat dengan ketara.

Pada masa yang sama, penduduk di bahagian tengah, menghulu sungai terpanjang Negara Sungai Rajang di pedalaman Kapit juga ketika ini menanti penuh sabar untuk menggunaka­n lebuh raya itu, namun sama seperti Teluk Melano, ia hanya dapat dihubungi dengan dunia luar menerusi bandar Sibu, yang ketika ini hanya dapat diaksesnya menerusi jalan sungai.

Kesungguha­n Perdana Menteri untuk menyediaka­n laluan darat terserlah menerusi kunjungann­ya ke kawasan pedalaman Sarawak itu untuk melihat sendiri perkembang­an projek jalan raya Jalan Kapit-Song-Kanowit-Sibu sepanjang 102 kilometer, membabitka­n kos sekitar RM800 juta, yang dijangka siap menjelang 2019.

Menerusi catatan FB susulan lawatannya ke kawasan-kawasan ini tahun lepas, beliau menulis ‘Projek Jalan Kapit-SongKanowi­t-Sibu ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun setengah dan akan memberi manfaat kepada 100,570

MENTERI Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) bersama Menteri Muda Pembanguna­n Keusahawan­an dan Industri Kecil Sederhana Sarawak Datuk Naroden Majais (kanan) dan Ketua Pengawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Datuk Husni Salleh pada majlis Pertukaran Memorandum Persefaham­an Berkenaan Program Kemudahan Pembiayaan Kontraktor di Bawah Lebuhraya Pan Borneo di Kuching, Ogos lalu. — Gambar Bernama

Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menunjukka­n pembanguna­n pesat bandar raya Kota Kinabalu kepada Timbalan Ketua Pengarang Bernama Datuk Mokhtar Hussain yang jelas kelihatan dari Pejabat Ketua Menteri itu di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Negeri di Likas sebelum ditemu ramah berkaitan Pan Borneo di Sabah. Dalam temu ramah berkenaan, Musa percaya Pan Borneo Sabah bernilai RM12.88 bilion itu mampu memberi impak besar kepada kesejahter­aan rakyat dan ekonomi Sabah. Fasa 1 706km dijangka siap pada 2021. — Gambar Bernama

penduduk sekitar Kapit, Kanowit serta Song dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pengangkut­an air’.

Seorang lagi kontraktor binaan Khairul Abdullah, 41, berkata, Sungai Rajang menjadi medium pengangkut­an utama ke kawasan pedalaman sejak sekian lama, namun dengan peredaran zaman, kepentinga­n untuk mewujudkan laluan darat semakin bertambah mendesak.

Beliau melihat potensi besar baginya untuk meneroka kawasan baru yang boleh diakses dengan baik menerusi jalan darat khusus untuk memberi manfaat limpahan ekonomi kepada semua pihak, baik untuk kumpulan usahawan, mahupun peningkata­n ekonomi buat penduduk setempat. — Bernama

“Rancangan asal Pan Borneo hanyalah membabitka­n laluan dari Sematan ke Miri sahaja, namun atas permintaan Ketua Menteri Sarawak keenam, Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan pakej laluan 32.77km antara Teluk Melano dan Sematan yang membabitka­n tambahan RM580 juta.

 ??  ??
 ??  ?? KETUA
KETUA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TIMBALAN Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing menunjukka­n pada peta kemajuan projek jalan raya Kanowit-Kapit semasa melawat Jambatan Katibas di Song, baru-baru ini. Turut kelihatan ADUN Katibas Datuk Ambrose Blikau (kiri), Timbalan Menteri...
TIMBALAN Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing menunjukka­n pada peta kemajuan projek jalan raya Kanowit-Kapit semasa melawat Jambatan Katibas di Song, baru-baru ini. Turut kelihatan ADUN Katibas Datuk Ambrose Blikau (kiri), Timbalan Menteri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia