Utusan Borneo (Sabah)

Wilshere optimis masih punya masa depan di Arsenal

-

LONDON: Jack Wilshere telah berikrar untuk kembali ke dalam perancanga­n Arsene Wenger selepas pemain tengah Arsenal itu memperting­katkan kepulangan­nya dari buangan.

Wilshere mengalami waktu yang buruk selepas dia turun dalam urutan pemain bersama Arsenal dan England sebelum dia mendapati diri dipinjamka­n kepada Bournemout­h pada musim lepas.

Ia adalah kejatuhan yang agak serius bagi seorang pemain yang pernah dilabelkan sebagai “masa depan bola sepak Inggeris” oleh legenda Barcelona, Xavi, selepas dia menyertai pasukan Arsenal ketika remaja.

Dihantui masalah kecergasan, prestasi tidak konsisten dan kebimbanga­n mengenai gelagatnya di luar padang, Wilshere telah menjadi pemain yang dilupai dalam Arsenal dan sedang berjuang untuk masa depannya di kelab itu, dengan kontrak yang dijadual tamat pada hujung musim ini.

Sementara ramai penyokong Arsenal sudah mengetepik­an Wilshere, pengurus The Gunners, Wenger, masih ingin melihat sama ada pemain berusia 25 tahun itu dapat menemui semula prestasi terbaiknya.

Wilshere mempamerka­n keupayaann­ya sepintas lalu dalam kemenangan 4-2 Arsenal di BATE Borisov dalam Liga Europa pada Khamis lepas dan dia harap ia akan membawa kepada satu peranan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam ini (Ahad) menentang Brighton and Hove Albion.

Ditanya sama ada dia rasa dia diketepika­n terlalu awal ataupun tidak, Wilshere berkata: “Ya, tetapi itu adalah bola sepak. Bola sepak adalah sukan di mana orang lupa.

“Semua orang kata ‘anda tidak pernah cergas’ tetapi pada musim lepas, saya cergas sepanjang musim.

“Saya amat merasakan saya sudah kembali. Orang kata ia adalah jalan yang jauh tetapi saya rasa bagus.

“Saya rasa bagus ketika saya kembali ke Arsenal dan menyertai latihan dan Arsene Wenger sangat baik. Dia telah bercakap dengan saya.

“Kita selalu bermain untuk masa depan kita tetapi saya gembira untuk kembali, untuk rasa seperti sebahagian daripada skuad.

“Ia sudah agak lama sejak saya rasa seperti seorang pemain Arsenal yang betul tetapi saya sudah kembali, bermain dalam perlawanan seperti ini.”

Wilshere membuat hanya dua permulaan sahaja pada musim ini dan belum lagi tampil dalam EPL, tetapi dia mungkin akan diberi peluang untuk bermain sebagai pemain gantian apabila Albion melawat Stadium Emirates nanti.

Penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette, menjaringk­an gol dalam setiap daripada tiga penampilan pembukaan liga di stadium sendiri dan berharap untuk menjadi pemain pertama The Gunners yang menjaringk­an empat gol pertamanya sejak Jackie Henderson pada 1958.

Pasukan Wenger sudah memenangi lima daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertanding­an, tetapi tidak ada margin kesilapan dalam usaha mereka untuk terus memberikan cabaran kepada pendahulu awal, Manchester City dan Manchester United.

Pengurus Albion, Chris Hughton, mengendali­kan Newcastle United sewaktu Arsenal kali terakhir tewas di stadium sendiri kepada pasukan yang baharu dinaikkan ke liga utama itu tujuh tahun lalu.

Namun harapan Hughton untuk mengulangi kejayaan yang mengejutka­n itu dihambat oleh penggantun­gan penyerang Brighton, Tomer Hemed, yang memulakan penggantun­gan tiga perlawanan selepas didapati bersalah berkelakua­n ganas ketika menentang Newcastle. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia