Utusan Borneo (Sabah)

Tiada rehat untuk Lukaku: Mourinho

-

MANCHESTER: Romelu Lukaku telah diberi amaran oleh Jose Mourinho (gambar atas) untuk lupa tentang hasrat untuk berehat daripada kempen Manchester United (MU), sekurangku­rangnya sehingga Zlatan Ibrahimovi­c sudah kembali cergas sepenuhnya untuk bermain.

Penyerang antarabang­sa Belgium itu menjadi inspirasi bagi kelab dan negara setakat ini pada musim ini, menjaringk­an 14 gol dalam 11 perlawanan bagi MU dan Belgium.

Namun kekurangan pemain gantian di Old Trafford bermakna fenomena penggilira­n skuad dalam bola sepak moden tidak akan diguna pakai kepada Lukaku bagi Mourinho.

“Dalam sini, tanpa Zlatan, kita tidak dapat menggilirk­an penyerang, terutamany­a kerana Marcus Rashford juga bermain dalam posisi lain,” kata Mourinho.

“Jadi sehingga waktu kita ada Zlatan, kita tidak dapat berfikir untuk merehatkan pemain nombor sembilan kita, cara sama yang kita beri- kan dalam posisi lain.

“Kita tidak dapat berbuat demikian. Belgium adalah tanggungja­wab Roberto (Martinez, ketua jurulatih kebangsaan) dan ia adalah keputusann­ya untuk menurunkan­nya atau tidak menurunkan­nya.”

Lukaku dijadual untuk menyertai skuad kebangsaan bimbingan Martinez pada hujung minggu ini bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia akan datang menentang Bosnia-Herzegovin­a dan Cyprus.

Bagaimanap­un gol-gol Lukaku dalam pusingan perlawanan terakhir pada permulaan September menyaksika­n Belgium menjadi negara Eropah pertama untuk layak ke Kejohanan Akhir Piala Dunia pada musim panas akan datang di Russia dan Mourinho jelas berharap dia mungkin tidak diperlukan untuk bermain sepenuhnya dalam perlawanan pada minggu ini.

Bukannya Mourinho mahu dilihat sebagai memberi arahan kepada Martinez.

“Ia adalah tanggungja­wab Roberto,” kata Mourinho.

“Saya tidak dapat, dari segi profesiona­l, berkata buat ini atau buat itu. Ia adalah tanggungja­wab Roberto.”

Jika Lukaku bermain dalam kedua-dua perlawanan kelayakan, selain dalam pertemuan MU dengan Crystal Palace pada hujung minggu ini, ia bermakna dia sudah bermain dalam 14 perlawanan peringkat tertinggi dalam tempoh dua bulan pertama musim – beban kerja yang berat dalam sukan moden, terutamany­a bagi seorang penyerang.

Satu-satunya perlawanan di mana Lukaku tidak bermula untuk MU adalah perlawanan Piala Liga menentang Burton, walaupun dia dinamakan sebagai pemain simpanan untuk perlawanan itu.

Selain kunjungan ke Swansea pada pusingan seterusnya Piala Liga, satu-satunya prospek untuk berehatbag­iLukaku adalah apabila Ibrahimovi­c kembali beraksi. Mourinho enggan bercakap mengenai pemulihan veteran

Sweden itu daripada pembedahan ligamen lutut walaupun anggaran paling optimis sekali pun meletakkan tarikh kepulangan­nya yang berpotensi pada Disember.

Buat sementara waktu, Mourinho telah memuji Lukaku di atas sikapnya yang profesiona­l dan perkembang­annya selama ini bersama Chelsea (Mourinho meminjamka­nnya kepada Everton pada 2013 ketika dia kembali sebagai pengurus untuk pembabitan keduanya dan kemudian meluluskan penjualann­ya setahun kemudian), West Brom, Everton dan, sekarang, MU.

“Saya rasa setiap langkah dalam kariernya, dia mengambil peluang dengan kedua-dua tangannya,” kata Mourinho.

“Sejak dia pertama kali dipinjamka­n kepada West Bromwich Albion, dia merampas peluang dengan kedua-dua tangannya, berjuang untuk evolusinya.

“Dia sangat kuat dalam keinginann­ya untuk bermain dalam sebuah pasukan dengan objektif lain sekarang, dengan bola sepak Liga Juara-Juara, ia sudah lama menjadi impiannya untuk naik ke tahap ini dan sejak dia tiba, saya tidak rasa dia memikirkan tentang perkara lain selain daripada kejayaanny­a.

“Jadi dia berusaha gigih, dia berehat, dia mempunyai kehidupan profesiona­l yang hebat di luar padang bola sepak.”

– AFP

 ??  ?? LUKAKU
LUKAKU
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia