Utusan Borneo (Sabah)

Monaco diikat Montpellie­r 1-1

Terlepas peluang terajui takhta Ligue 1

-

PARIS: Juara Perancis Monaco melepaskan peluang untuk menduduki tempat teratas Ligue 1 apabila Souleymane Camara menjaringk­an gol penyamaan dalam masa kecederaan untuk merampas keputusan seri 1-1 bagi Montpellie­r di Stade Louis II pada Sabtu.

Selepas bermula perlahan, Monaco mula-mula menjaringk­an gol pada minit ke-38 apabila pemain sensasi Radamel Falcao masuk untuk menjaringk­an gol, tetapi Montpellie­r seterusnya berjaya menangkis asakan pasukan tuan rumah dan Camara mengejutka­n penyokong pasukan tuan rumah.

Anak buah Leonardo Jardim berada di belakang pendahulu liga Paris SaintGerma­in (PSG) berdasarka­n perbezaan gol, sebelum kelab ibu kota tersebut menentang Bordeaux yang belum tewas semalam di tempat sendiri.

“Lima minit sebelum tamat ketika kita mendahului 1-0, kita perlu sentiasa fokus,” kata jurulatih Portugis itu.

“Sudah tentulah saya tidak gembira. Matlamat untuk menang tidak tercapai. Orang yang bertanggun­gjawab bagi perkara ini adalah saya.”

Monaco memulakan perlawanan­ekorankeka­lahan 3-0 yang mengejutka­n dalam Liga Juara-Juara di stadium sendiri kepada Porto pada pertengaha­n minggu.

Jardim bertindak dengan membuat lima perubahan kepada barisan kesebelasa­n utama, membawa balik penjaga gol Danijel Subasic yang sudah pulih daripada kecederaan, selain menurunkan semula pemain yang dibeli pada musim percutian Stevan Jovetic di sisi Falcao di hadapan.

Montpellie­r, yang mengikat PSG untuk keputusan seri tanpa jaringan pada hujung minggu lepas, memulakan perlawanan dengan langkah kanan dan mereka sepatutnya dapat menjaringk­an gol pendahulua­n apabila Pedro Mendes mendapati diri dengan ruang dalam kawasan penalti, tetapi pemain pertahanan tengah itu melencongk­an bola terlalu dekat dengan Subasic.

Monaco tidak banyak meningkat berbanding ketika mereka tewas kepada Porto, tetapi meloloskan diri sebelum waktu rehat apabila pemain sayap Rony Lopes berjaya melepasi benteng pertahanan pasukan lawan dan menghantar bola lintang rendah kepada Falcao, yang berjaya menolak bola melintasi garisan gol dari jarak dekat.

Pemain Colombia itu kini sudah menjaringk­an 12 gol dalam hanya lapan perlawanan Ligue 1 pada musim ini.

Monaco bermain jauh di bawah prestasi terbaik mereka, dan Montpellie­r ternyata pasukan yang lebih kuat bagi kebanyakan waktu dalam babak kedua, dan pemain pertahanan Ruben Aguilar melakukan rembatan voley yang tersasar sedikit.

Bagaimanap­un pasukan tuan rumah nyaris menjaringk­an gol kedua apabila Thomas Lemar berjaya meloloskan diri sebelum melakukan cubaan yang melepasi tiang.

Namun Montpellie­r merampas mata yang sewajarnya pada minit kedua masa kecederaan apabila Camara, penyerang Senegal berusia 34 tahun, menanduk masuk bola hantaran lintang Kevin Berigaud. – AFP

 ??  ?? PEMAIN Montpellie­r Stephane Sessegnon, melakukan percubaan di depan gawang Monaco namun dihalang penjaga gawang Daniel Subasic dan kapten Monaco Radamel Falcao. - Gambar REUTERS
PEMAIN Montpellie­r Stephane Sessegnon, melakukan percubaan di depan gawang Monaco namun dihalang penjaga gawang Daniel Subasic dan kapten Monaco Radamel Falcao. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia