Utusan Borneo (Sabah)

Aguero retak tulang rusuk selepas terlibat kemalangan

-

LONDON: Penyerang Manchester City Sergio Aguero mengalami keretakan tulang rusuk dalam nahas kereta di Belanda, untuk memberi tamparan hebat kepada aspirasi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk memenangi kejuaraan.

Aguero telah membuktika­n diri sebagai pemacu di sebalik kebangkita­n City ke tempat teratas liga dengan enam gol dalam EPL pada musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan selepas teksi yang membawanya ke lapangan terbang di Amsterdam setelah menonton konsert muzik terbabit dalam satu kemalangan pada malam Jumaat.

Aguero tweet kelmarin bahawa dia bernasib baik kerana memakai tali pinggang keselamata­n.

“Ia adalah rempuhan yang sangat berat tetapi tali pinggang keselamata­n menghalang perkara yang lebih buruk,” tweet bintang Argentina itu yang kini, menurut kelabnya kelmarin, tidak dapat bermain selama dua hingga empat minggu.

Pada mulanya ia dikhuatiri bahawa dia tidak akan bermain selama kira-kira dua bulan.

Aguero turut memaparkan tweet dengan gambar dirinya yang berposing dengan isyarat ibu jari ke atas.

“Saya sudah pulang ke Manchester selepas pemeriksaa­nolehdokto­rkelab. Ia adalah keretakan tulang rusuk. Sakit, tetapi saya tidak apa-apa, fokus sepenuhnya kepada pemulihan. Terima kasih semua!” dia tweet.

Aguero tidak bermain dalam perlawanan City di kelab juara Chelsea pada Sabtu, dan dijangka akan diketepika­n untuk perlawanan kelayakan PialaDunia­bersamaArg­entina pada awal Oktober.

Guardiola menegaskan dia tidak ada masalah dengan Aguero berehat di Amsterdam pada hari pelepasann­ya.

“Hari pelepasan adalah untuk bergembira,” katanya. “Saya seorang jurulatih yang tidak mahu berlatih setiap hari kerana mereka (pemain) perlu berehat, bagi dari segi mental mahupun fizikal.”

Jurucakap polis Amsterdam, Frans Zuiderhoek, memberitah­u AFP anggota polis menangani satu kemalangan di bandar raya itu sekitar jam 11.00 malam Khamis lepas setelah “sebuah teksi melanggar tiang lampu”.

Dia tidak dapat mengesahka­n identiti dua penumpang dan pemandu terbabit, yang semuanya meminta untuk dirahsiaka­n.

“Tiada kenderaan lain terlibat,” katanya kepada AFP awal Jumaat, dan menambah tiga orang dalam teksi itu “sudah dipindahka­n ke hospital untuk pemerhatia­n, tetapi tiada kecederaan buruk berlaku”.

Kemalangan itu berlaku di lebuh De Boelelaan, kata Zuiderhoek, tidak jauh dari Arena A di mana penyanyi Colombia, Maluma, membuat persembaha­n Khamis lepas.

Aguero, yang menjaringk­an 176 gol untuk kelab Inggeris itu, pada Khamis lepas menunjukka­n gambar dirinya dengan Maluma dalam laman Instagram rasminya.

Penyerang itu memerlukan hanya dua gol lagi untuk melepasi Eric Brook sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi City dan dianggap ramai sebagai salah seorang penyerang paling digeruni di dunia. – AFP

 ??  ?? KEADAAN kereta yang dinaiki Aguero (gambar sisipan) selepas terlibat dalam kemalangan di Amsterdam. Gambar REUTERS
KEADAAN kereta yang dinaiki Aguero (gambar sisipan) selepas terlibat dalam kemalangan di Amsterdam. Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia