Utusan Borneo (Sabah)

Deeron, Nicklos juara 4X4 Challenger

Pertanding­an Santai Nunuk Ragang sempena Program Pelancaran PDM Mukim Paus

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Deeron Justin (pemandu) dan Nicklos Justin (pembantu pemandu) menjuarai Pertanding­an Santai Nunuk Ragang 4X4 Challenger 2017 yang berlangsun­g di Nunuk Ragang, kira-kira 55 kilometer dari sini, barubaru ini.

Naib juara dikongsi bersama Jeo Davis Jasper (pemandu) dan Robinson Anil (pembantu pemandu) serta Boney Singki (pemandu) dan Helson (pembantu), manakala tempat ketiga dimenangi Rabilin Maitin (pemandu) dan Boy Andie (pembantu pemandu).

Para pemenang masing- masing membawa hadiah kemenangan RM1000 untuk juara, naib juara RM800 dan ketiga RM600.

Pertanding­an itu dianjurkan oleh Ranau Four Wheel Drive Associatio­n (RFWDA).

Pengerusi RFWDA, Aliyu Zinin berkata litar pertanding­an tersebut tidak kurang hebat cabarannya dan lokasi Nunuk Ragang antara yang terbaik.

Katanya, ini kerana selain memberi cabaran kepada para peserta dan keseronoka­n kepada penonton, sedikit sebanyak acara ini dapat mendedahka­n golongan belia muda mudi setempat dengan sukan lasak 4X4 challenger.

Menurutnya, acara tersebut merupakan antara pengisian sempena Program Pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mukim Paus Paginatan, Santai Bersama MP Ranau yang dirasmikan Ahli Parlimen Ranau merangkap Presiden Usda dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ranau Datuk Dr Ewon Ebin barubaru ini, di Dataran Nunuk Ragang.

Aliyu menjelaska­n, para peserta pertanding­an 4X4 Challenger itu menunjukka­n semangat kesukanan yang tinggi kerana walaupun cuaca panas terik disusuli hujan pada petangnya namun tidak mengganggu tumpuan mereka untuk bersaing hebat sebaik mungkin.

Ia ditambah lagi dengan sorakan penonton yang tidak berganjak dari arena litar pertanding­an yang turut merasa debaran menyaksika­n pemandu melepasi cabaran litar Nunuk Ragang.

“Terima kasih kepada Datuk Dr Ewon Ebin (Ahli Parlimen P.179 Ranau)

PEMENANG Pertanding­an Santai Nunuk Ragang 4X$ Challenger 2017 anjuran RFWDA.

kerana menyokong acara pertanding­an ini, demikian juga Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pertanding­an Santai Nunuk Ragang 4X4 Challenger 2017 yang banyak membantu”, jelas Aliyu Zinin ketika ditemui media.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada kesemua seramai 15 peserta bertanding, di samping penonton atau pengunjung yang turut hadir beramairam­ai untuk menyaksika­n dan memeriahka­n lagi pertanding­an itu yang dianjurkan oleh RFWDA.

 ??  ?? EWON (pegang bendera) melepaskan peserta pertama Pertanding­an Santai Nunuk Ragang 4X4 Challenger 2017 sambil diiringi Aliyu (lima kiri).
EWON (pegang bendera) melepaskan peserta pertama Pertanding­an Santai Nunuk Ragang 4X4 Challenger 2017 sambil diiringi Aliyu (lima kiri).
 ??  ?? ALIYU (tengah) bergambar kenangan bersama para peserta dan sebahagian penonton pertanding­an 4X4 Nunuk Ragang.
ALIYU (tengah) bergambar kenangan bersama para peserta dan sebahagian penonton pertanding­an 4X4 Nunuk Ragang.
 ??  ??
 ??  ?? KENDERAAN salah seorang peserta terpaksa ditarik kerana tersekat pada laluan sungai Liwagu.
KENDERAAN salah seorang peserta terpaksa ditarik kerana tersekat pada laluan sungai Liwagu.
 ??  ?? SALAH seorang peserta sedang beraksi di laluan berlumpur sebelum melepasi laluan Sungai Liwagu yang berbatu.
SALAH seorang peserta sedang beraksi di laluan berlumpur sebelum melepasi laluan Sungai Liwagu yang berbatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia