Utusan Borneo (Sabah)

Turf City Singapura juara B13 tahun

Piala Borneo Malaysia 2017

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Turf City Singapura muncul juara kategori 13 tahun ke bawah Piala Bola Sepak Borneo Malaysia 2017 yang berlangsun­g di Stadium Likas.

Turf City bagaimanap­un dipaksa South Hobart Australia berkerja keras bertarung sehingga ke masa tambahan di mana pemenang ditentukan menerusi `Jaringan Emas’ selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada sepenuh masa permainan.

Masa tambahan yang memberikan masa lima minit permainan setiap separuh masa hanya berlangsun­g kirakira tiga minit apabila Turf City miliki Jaringan Emas itu menerusi Sandy Douggal untuk keluar sebagai juara dengan kemenangan 1-0.

Sebelum itu, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksika­n Indonesia Muda menumpaska­n Sekolah Sukan Datuk Peter Mojuntin 2-1 manakala SBAI Indonesia mengalahka­n Tabs Kota Kinabalu 4-0 pada penentuan tempat kelima dan keenam.

HKJFL Hongkong pula menumpaska­n Dreaming Football United (DFU) Filipina 2-0 pada penentuan tempat ketujuh dan kelapan sementara Boca Juniors India menang 4-0 ke atas Tabs Manggatal pada penentuan tempata kesembilan dan ke-10.

Turf City adalah pasukan ketiga merangkul gelaran juara di mana dua kategori sebelum ini dijuarai pasukan berbeza.

DFU Filipina muncul juara kategori 11 tahun ke bawah manakala Tabs Kota Kinabalu juara kategori 12 tahun ke bawah.

Ia adalah edisi ke-10 kejohanan tahunan anjuran Borneo Sports And Adventure Holidays berkenaan.

Kejohanan yang diiktiraf Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) itu turut mempertand­ingkan kategori 14, 15 dan 16 tahun ke bawah.

Kategori 14 tahun ke bawah akan berlangsun­g pada 1-3 Oktober, 15 tahun ke bawah (3-5 Oktober) dan 16 tahun ke bawah (5-7 Oktober).

Kategori 14 tahun ke bawah disertai lapan pasukan yang dibahagika­n kepada dua kumpulan pada saingan awal.

St. George Australia, PSW Acedemy Thailand, DFU Filipina Tabs diundi dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B terdiri daripada pasukan Lalor United SC Australia, SBAI Indonesia,

13 tahun ke bawah Piala Borneo Malaysia 2017, pasukan Turf City Singapura bergambar bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah.

HKJFL Hongkong dan Sekolah Sukan Datuk Peter Mojuntin.

Perlawanan hari ini berlangsun­g di Stadium Likas bermula jam 9.00 pagi manakala pada hari kedua berlangsun­g di Stadium Penampang sebelum kembali ke Stadium Likas untuk hari terakhir saingan kategori ini.

 ??  ?? JUARA
JUARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia