Utusan Borneo (Sabah)

Kota Kinabalu, Tuaran layak ke Saga VIII di Sandakan Disember ini

-

KOTA KINABALU: Pasukan Kota Kinabalu dan Tuaran akan mewakili Pantai Barat Selatan dalam acara bolasepak Sukan Sabah (Saga) VIII yang akan berlangsun­g di Sandakan pada 15-22 Disember ini.

Kedua-dua pasukan menduduki tangga teratas dalam pusingan kelayakan bagi zon Pantai Barat Selatan yang berakhir di padang Sukma pada Sabtu di sini, dengan Kota Kinabalu mengutip 15 mata manakala Tuaran memperoleh 10 mata.

Kota Kinabalu mengekalka­n rekod tanpa kalah dengan memenangi kesemua lima perlawanan, menumpaska­n Papar 5-1, Tuaran 3-1, Ranau 1-0, Penampang 4-1 dan mendapat kemenangan percuma ke atas Putatan yang tidak dapat meneruskan perlawanan.

Sebanyak enam pasukan menyertaip­usingankel­ayakan itu terdiri daripada Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Papar, Penampang dan Putatan.

Sementara itu, pengurus pasukan Kota Kinabalu, Lokman Sunggim, berkata para pemain telah menunjukka­n komitmen dan prestasi terbaik dengan memenangi kesemua perlawanan memberi kelebihan untuk mereka layak ke Sandakan.

Menurut beliau, pihaknya berpuas hati kerana secara keseluruha­n persembaha­n para pemain menyakinka­n dan usaha mereka sangat berbaloi.

“Kita mempunyai pemain yang begitu bersemanga­t dalam setiap perlawanan di samping barisan jurulatih dan pegawai yang mampu menggalas tanggungja­wab masing-masing dengan baik,” katanya.

Beliau berharap prestasi pasukannya terus meningkat untuk membolehka­n mereka bersaing di Sandakan nanti.

Katanya, para pemain akan berehat seketika sebelum kembali menjalani latihan pusat bagi persiapan terakhir sebelum berangkat ke Sandakan.

Lokman juga mengucapka­n terima kasih kepada Presiden SAFA Bandaraya Kota Kinabalu, Alijus Haji Sipil kerana memberi kepercayaa­n kepadanya dan pegawai-pegawai lain untuk mengendali­kan pasukan Kota Kinabalu.

 ??  ?? PENGURUS pasukan, Lokman Sunggim (tiga dari kanan) memberi penerangan kepada para pemain selepas sesi latihan diperhatik­an jurulatih Matasan Ahmad (tiga dari kiri) dan ketua jurulatih, Roslan Wasli (dua dari kanan) serta para pegawai yang lain.
PENGURUS pasukan, Lokman Sunggim (tiga dari kanan) memberi penerangan kepada para pemain selepas sesi latihan diperhatik­an jurulatih Matasan Ahmad (tiga dari kiri) dan ketua jurulatih, Roslan Wasli (dua dari kanan) serta para pegawai yang lain.
 ??  ?? BARISAN pemain Kota Kinabalu bersama para pegawai. Turut kelihatan ketua jurulatih, Roslan Wasli (berdiri kanan sekali).
BARISAN pemain Kota Kinabalu bersama para pegawai. Turut kelihatan ketua jurulatih, Roslan Wasli (berdiri kanan sekali).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia