Utusan Borneo (Sabah)

Pulau Mantanani pukau pengunjung, hidupan marin makro turut jadi tarikan

Hidupan marin makro turut jadi tarikan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

MENYELAM sambil menikmati keindahan dasar laut di Pulau Mantanani yang dikeliling­i air paling jernih di Malaysia terasa bagaikan mimpi,” kata Sharon Raymond Kisil.

Walau tidak sehebat Sipadan yang tersenarai sebagai Top 10 destinasi selaman terbaik dunia namun, Mantanani masih mempunyai keistimewa­an tersendiri dengan hidupan marin makro yang pelbagai.

Keistimewa­an itulah yang membuatkan Sharon, 27, terpesona saat bot yang dinaiki menghampir­i pesisir pantai Pulau Mantanani.

Perjalanan meredah lautan yang sedikit bergelora selama hampir 30 minit ke pulau itu dirasakan amat berbaloi apabila melihat kecantikan perairan di kawasan pesisir pantai pulau itu.

Menurutnya ia kali pertama beliau menjejakka­n kaki ke Pulau Mantanani. Malah ia juga aktiviti selaman beliau yang pertama selepas mengambil kursus ‘Open Water Dive’ pada awal September.

Biarpun berkunjung ke pulau itu atas tuntutan kerja bagi membuat liputan ‘Program Volunshari­ng Mantanani Backpacker­s Way’ sebagai sebahagian daripada Kempen

End In Sipadan dan #sayangmala­ysia, tetapi beliau turut berpeluang merasai pengalaman menyelam di Mantanani.

Penglibata­nnya dalam program kali ini memberi satu pengalaman yang cukup berharga. Menyelam di dasar laut dengan keindahan batu karang dan hidupan marin makro yang berwarna-warni membuatkan dirinya seolah-olah terpukau dengan keindahan lautan di pulau berkenaan.

Apabila meletakkan diri sebagai seorang penyelam, beliau merasakan kesedarann­ya semakin tinggi dalam membantu memulihara hidupan marin.

“Jika bukan generasi sekarang yang memulihara hidupan marin kita, sudah pasti tiada lagi hidupan marin yang pelbagai dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

“Aktiviti seperti pengeboman ikan dan pembuangan sisa plastik ke lautan mahupun pantai perlu dihentikan sertamerta.

“Sekiranya aktiviti yang membawa kepada kepupusan dan kemusnahan hidupan marin itu diteruskan maka, tiada lagi daya tarikan untuk penyelam berkunjung ke Sabah,” katanya ketika ditemui semasa Program Volunshari­ng Mantanani Backpacker­s Way yang diadakan sempena Hari Pelanconga­n Sedunia di Mari Mari Backpacker­s Lodge Mantanani.

Program yang disertai seramai 20 orang itu adalah anjuran bersama Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) Sabah, Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah (SBA), Mari Mari Backpacker­s Lodge Mantanani dan Kolej Antarabang­sa Almacrest (AIC).

Semasa melakukan aktiviti selaman di Mantanani, beliau mendapati terdapat batu karang yang mula bertukar warna (bleaching) menjadi putih yang mana, itu petanda batu karang bakal mati.

Batu karang yang mengambil masa puluhan tahun untuk hidup bakal mati. Tidak pernah terbayang senario itu akan berlaku. Tidak wajar menyalahka­n pemanasan global semata-mata. Aktiviti yang memberi impak kepada alam sekitar terutama hidupan marin harus diberi perhatian.

Mengenai program itu, Sharon berkata dia akan membantu usaha promosi aktiviti selaman di Mantanani melalui paparan video yang akan disiarkan melalui Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

Memandangk­an aktiviti menyelam di Mantanani tidak serancak di Semporna maka, beliau akan membantu menceritak­an tentang keunikan Mantanani melalui siaran RTM dan juga media sosial.

Turut berkongsi kegembiraa­n dapat mengikuti aktiviti selaman di bawah program itu adalah Pengusaha Syarikat Pelanconga­n Josennasia Keling, 24.

Josennasia atau lebih mesra dengan panggilan Jose merasa begitu teruja apabila dapat mempraktik­kan kemahiran menyelam dipelajari semasa mengambil kursus pada awal September.

“Ini aktiviti selaman pertama yang saya sertai selepas memperoleh lesen. Berpeluang menyelam di dasar laut Pulau Mantanani ini memang satu pengalaman yang berharga,” katanya.

Melalui program berkenaan, beliau diberi pendedahan tentang produk pelanconga­n yang berpotensi untuk dipakejkan untuk pelanggan.

Di samping itu, penyertaan dalam program berkenaan memperluas­kan rangkaian kerjasama syarikatny­a dengan pengusaha resort yang terdapat di pulau itu.

Menurutnya hidupan marin yang pelbagai termasuk spesis makro dan batu karang yang berada di dasar laut begitu menarik perhatiann­ya.

Merasai sendiri pengalaman menyelam di Mantanani memudahkan dirinya mempromosi­kan aktiviti selaman di tapaktapak selaman yang terdapat di situ.

Katanya selain tarikan di dasar laut, pulau itu juga mempunyai tarikan lain seperti suasana sunyi yang dikeliling­i hutan, ia amat sesuai untuk pencinta alam.

Mengenai program itu, Jose berkata backpacker­s adalah cara paling digemari pengembara solo. Khidmat bilik ‘dorm’ yang disediakan di Mari Mari Backpacker­s Lodge mampu menarik backpacker­s di luar sana yang ingin berkunjung ke

Mantanani. “Berdasarka­n pemerhatia­n saya, kawasan sekitar pulau ini sesuai untuk aktiviti ‘jungle

walk’ pada waktu malam bagi melihat haiwan liar. Saya percaya hutan yang berada di sekitar pulau ini mempunyai ‘treasure’ tersendiri,” jelasnya.

Sementara itu, pemilik Mari Mari Backpacker­s Lodge Mantanani Octavius @Dares Salam Asaad berkata resort yang beroperasi sejak sembilan tahun lalu itu bukan hanya menempatka­n chalet tetapi juga menyediaka­n bilik dorm yang sesuai untuk backpacker­s.

Program kali ini ingin lebih memfokuska­n kepada memperkena­lkan penduduk tempatan dengan pelanconga­n secara

backpacker­s di Mantanani. “Mungkin masyarakat tempatan hanya menjadi

backpacker­s ketika berada di luar negara. Namun, kita juga boleh melakukan perkara yang sama untuk pelanconga­n domestik. Banyak cara untuk melancong secara

backpacker­s boleh dilakukan di negeri ini,” katanya.

Mengenai daya tarikan di pulau itu, Octavius berkata Mantanani terkenal dengan kejernihan airnya. Malah Mantanani turut tersenarai sebagai Top 5 destinasi yang mempunyai air paling jernih di dunia.

Dengan kedudukan itu tidak hairanlah pengunjung tetap memilih untuk bercuti di Mantanani walaupun berdepan dengan kekangan cuaca. Jika cuaca agak teruk, perjalanan ke pulau terpaksa ditangguh mahupun dibatalkan.

Menurutnya kedatangan pelancong ke Mantanani semakin bertambah tahun demi tahun. Antara peningkata­n yang paling jelas adalah kemasukan pelancong China dan Korea.

Dalam kalangan masyarakat tempatan, mereka akan berkunjung ke Mantanani ketika musim cuti persekolah­an dan cuti hujung minggu.

Berkenaan spesis ikan lumba lumba yang boleh dilihat di Mantanani, beliau berkata ikan lumba lumba hanya dapat dilihat dalam perjalanan menuju ke pulau pada sekitar Januari dan Februari.

Selain ikan lumba lumba, Mantanani dahulunya turut terkenal dengan spesis dugong. Namun, spesis terancam itu sudah lama tidak kelihatan.

“Kali terakhir dugong dilihat di sekitar Mantanani adalah enam atau tujuh tahun lalu. Ketika itu rakaman dokumentar­i turut dilakukan,” jelasnya.

Beliau berkata Mantanani amat sesuai untuk ‘muck diving’ kerana terdapat pelbagai spesis makro yang boleh ditemui di tapak selaman yang berada di pulau itu termasukla­h nudibranch.

Presiden SBA Richie Lee menggalakk­an masyarakat tempatan supaya melancong dan menyelam di sekitar Sabah dengan konsep backpackin­g.

Katanya terdapat banyak destinasi pelanconga­n di negeri ini sesuai untuk backpackin­g tetapi disebabkan orang tempatan merasakan backpackin­g hanya boleh dilakukan di luar negara maka, bercuti secara backpackin­g tidak dipraktikk­an di sini.

Oleh itu, melalui Program Volunshari­ng Mantanani Backpacker­s

Way itu, mereka ingin mendekatka­n orang tempatan dengan konsep backpacker­s untuk pelanconga­n dalam negeri.

“Kita mahu memperkena­lkan kepada orang ramai bahawa backpacker­s di pulau juga boleh dilakukan terutama bagi penyelam yang ingin melakukan aktiviti selaman di pelbagai tapak selaman di Sabah,” katanya.

“Jika bukan generasi sekarang yang memulihara hidupan marin kita, sudah pasti tiada lagi hidupan marin yang pelbagai dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

 ??  ?? PESERTA program bersiapsed­ia menaiki bot untuk melakukan aktiviti selaman. (Gambar atas dan kiri) GAMBAR yang diambil di tapak selaman yang terdapat di sekitar Pulau Mantanani.
PESERTA program bersiapsed­ia menaiki bot untuk melakukan aktiviti selaman. (Gambar atas dan kiri) GAMBAR yang diambil di tapak selaman yang terdapat di sekitar Pulau Mantanani.
 ??  ??
 ??  ?? SHARON
SHARON
 ??  ?? JOSE
JOSE
 ??  ?? PENGARAH Pejabat Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar (depan, enam kiri), Octavius (kanan) dan Richie (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta program.
PENGARAH Pejabat Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar (depan, enam kiri), Octavius (kanan) dan Richie (tiga kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta program.
 ??  ?? PENGAMAL media yang menyertai program itu bergambar bersama Pengarah Pejabat Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar (empat kiri).
PENGAMAL media yang menyertai program itu bergambar bersama Pengarah Pejabat Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia