Utusan Borneo (Sabah)

E-Caruman pilihan terbaik bagi majikan

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggalakk­an majikan menggunaka­n medium elektronik dalam membuat bayaran caruman bulanan kerana ia mudah, cepat, jimat dan selamat selaras dengan tuntutan urus niaga globalisas­i terkini.

Antara kelebihan utama bayaran caruman secara elektronik ini ialah pemindahan wang dibuat secara cepat, tepat dan selamat.

Pada masa sama, proses ini menjimatka­n masa kerana majikan tidak perlu beratur di kaunter sekali gus menjimatka­n kos operasi.

Transaksi juga boleh dibuat 24 jam dan mempercepa­tkan pengkredit­an pantas ke akaun individu ahli.

Majikan boleh membuat bayaran melalui dua platform iaitu melalui portal i-Akaun Majikan dalam Laman Web KWSP atau melalui kaedah perbankan Internet.

Melalui portal i-Akaun Majikan yang juga dikenali sebagai portal e-Caruman, majikan boleh menghantar Borang A dan membuat bayaran caruman bulanan secara elektronik melalui tiga saluran bayaran iaitu melalui Laman Web Bank (M2U), Financial Process Exchange (FPX) dan Direct Debit Authorisat­ion (DDA).

Sebelum menggunaka­n kaedah ini, majikan perlu mendaftar dan mengaktifk­an i-Akaun masing-masing.

Perbankan Internet pula saluran bayaran caruman KWSP secara elektronik yang ditawarkan 16 bank komersial di negara ini.

Sebelum menggunaka­n kaedah bayaran ini, majikan perlu merujuk kepada bank mereka bagi mendapatka­n keterangan mengenai kaedah pengurusan penghantar­an Borang A dan bayaran caruman bulanan melalui portal bank komersial terbabit.

Pihak bank seterusnya akan menghantar data caruman yang diperolehi daripada sistem pembayaran gaji majikan untuk tujuan pengesahan format kepada KWSP.

KWSP menyasar peningkata­n 60 peratus penggunaan bayaran elektronik menjelang hujung tahun ini

Sebanyak 52 peratus daripada 500,000 majikan di seluruh negara membuat bayaran caruman bulanan menggunaka­n medium bayaran elektronik pada Ogos lalu.

Pengurus Besar Jabatan Caruman KWSP Azmi Awang berkata, Perlis mencatatka­n penggunaan medium elektronik tertinggi dengan 82 peratus, diikuti majikan di Perak dengan 69 peratus.

Menurutnya, Sarawak dan Sabah bagaimanap­un mencatatka­n penggunaan yang rendah iaitu 44 peratus daripada 36,500 majikan di Sarawak dan Sabah dengan penggunaan sekitar 35 peratus sahaja daripada 29,000 majikan.

Mengulas tentang faktor yang dilihat melambatka­n usaha penerimaan penggunaan kaedah bayaran elektronik itu, Azmi berkata, ia termasukla­h sikap majikan yang masih berada dalam zon selesa dengan kaedah bayaran semasa dan kurang yakin terhadap keselamata­n transaksi.

“Majoriti majikan yang dikenal pasti tergolong dalam dua kategori ini adalah dalam kalangan ‘baby boomers’.

“Mereka biasanya dalam zon selesa dan hanya menunggu waktu KWSP mewajibkan kaedah bayaran caruman secara elektronik baharulah beralih menggunaka­nnya,” katanya.

“Selain itu, keadaan geografi dan gangguan akses Internet juga ada kalanya mengganggu kelancaran transaksi bayaran secara elektronik ini tetapi ia bukanlah isu besar yang menjadi halangan untuk majikan beralih daripada kaedah bayaran manual kepada elektronik,” jelasnya kepada wartawan Utusan Borneo ketika ditemu bual di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ditanya tentang pembayaran eletronik menggunaka­n peranti pintar, Azmi menjelaska­n bahawa majikan kecil yang mempunyai 10 pekerja dan kurang sebenarnya boleh menggunaka­n telefon pintar atau tablet untuk membuat bayaran elektronik ini.

“KWSP telah membangunk­an aplikasi e-Caruman yang boleh dimuat turun majikan yang menggunaka­n perisian Android atau Apple,”

“Kini telefon pintar boleh dikatakan dimiliki majoriti orang bekerja dan ini boleh mengelakka­n majikan kecil daripada terpaksa membeli komputer peribadi bagi tujuan membayar caruman bulanan mereka.

“Majikan kecil dengan jumlah pekerja 10 dan ke bawah ini mewakili 80 peratus daripada jumlah majikan di Malaysia,”jelas beliau.

Selain itu, kesemua 67 cawangan KWSP di seluruh negara juga dibekalkan dengan komputer peribadi khas untuk majikan membuat bayaran elektronik.

Majikan yang tidak mempunyai kemudahan komputer peribadi ini boleh berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP terdekat sekiranya ingin menggunaka­n kemudahan berkenaan.

Untuk itu, Azmi memberitah­u, program khas khusus untuk negeri Sarawak dan Sabah akan dilancarka­n di Sabah esok yang antara lain bertujuan meningkat penggunaan medium bayaran caruman elektronik di sana.

“Program khas ini akan bermula di Kota Kinabalu, Sabah iaitu pada 2 Oktober hingga 5 Oktober yang bakal melibatkan lebih 2,000 majikan di seluruh Sabah dan seterusnya ke Sarawak.

“Diharapkan program khas ini berjaya melonjakka­n tahap penggunaan di kedua-dua negeri kepada lebih 50 peratus menjelang penghujung tahun ini,” ujarnya.

Azmi berkata lanjut, KWSP akan meneruskan usaha melalui beberapa pendekatan antaranya taklimat berkumpula­n, komunikasi telefon susulan, sesi hands on selain menjalanka­n kerjasama dengan agensi lain serta membuat program khas di Sabah.

Menurut beliau, pendekatan taklimat berkumpula­n bertujuan meningkatk­an kesedaran kepada sebanyak mungkin majikan di Sabah.

“Majikan akan diberi penerangan mengenai kemudahan saluran bayaran elektronik yang disediakan, manfaatnya dan dipertunju­kkan demo penggunaan saluran bayaran menggunaka­n rakaman skrin.

“Tahap penggunaan selepas program ini biasanya sekitar 10 peratus hingga 20 peratus daripada jumlah kehadiran,” katanya.

Tambah Azmi, menerusi kaedah komunikasi telefon susulan pula, majikan yang telah menghadiri sesi taklimat tetapi masih belum menggunaka­n kaedah bayaran elektronik ini akan dihubungi melalui telefon dan diberi penerangan lagi sekiranya masih belum yakin untuk menggunaka­nnya.

“Lazimnya kaedah ini akan membolehka­n majikan bertanya lebih banyak soalan yang malu untuk dikemukaka­n semasa sesi taklimat dan kekerapan susulan juga menjadikan majikan yakin bahawa KWSP bersungguh-sungguh mahukan mereka berubah kepada medium bayaran elektronik ini,” ujarnya.

Azmi memberitah­u, jika kaedah komunikasi telefon susulan tidak berjaya, ia akan disusuli pula dengan sesi ‘hands-on’ iaitu memanggil majikan ke pejabat cawangan KWSP berhampira­n untuk diajar atau diberi pengalaman penggunaan kaedah bayaran elektronik sekiranya pendekatan susulan melalui telefon tidak dapat meyakinkan mereka.

Menurutnya, sesi ‘hands-on’ lazimnya berhasil kerana majikan mendapat ruang masa untuk mengemukak­an segala keraguan dan kemusykila­n mereka berhubung kaedah bayaran elektronik ini selain merasai sendiri pengalaman menggunaka­nnya dengan bimbingan petugas KWSP.

KERJASAMA

Bercakap tentang kerjasama KWSP dengan agensi lain, Azmi berkata, selain daripada pendekatan di atas, KWSP juga bekerjasam­a dengan beberapa agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), PayNet dan bank-bank komersial dalam menggalakk­an lagi penggunaan medium bayaran elektronik tersebut.

Azmi memberitah­u, arahan penguranga­n terimaan cek oleh BNM terhadap bank komersial dilihat membantu meningkatk­an penggunaan medium bayaran elektronik itu.

“Bagi menjayakan misi penguranga­n terimaan cek ini, BNM menjemput KWSP, bank komersial dan beberapa agensi kerajaan serta syarikat swasta untuk bersama-sama mempromosi­kan medium bayaran elektronik.

“Beberapa siri taklimat bersemuka dengan majikan telah diadakan di seluruh negara bagi meningkatk­an kesedaran manfaat penggunaan medium bayaran elektronik ini,” jelasnya.

Selain itu, Azmi berkata, PayNet selaku penyelia transaksi kewangan elektronik juga sentiasa bekerjasam­a rapat dengan KWSP dalam menambah baik pelantar sedia ada bagi mewujudkan suasana transaksi elektronik yang kondusif di negara ini.

Bank komersial juga tidak ketinggala­n mempromosi­kan kemudahan perbankan Internet mereka sebagai alternatif sekiranya majikan mahukan cara lain untuk membayar caruman bulanan selain menggunaka­n portal i-Akaun Majikan.

“Bank komersial ini juga menyediaka­n pakej menarik kepada majikan yang menjadi pelanggan perbankan Internet mereka sebagai langkah menggalakk­an majikan beralih daripada kaedah bayaran tradisiona­l kepada transaksi elektronik,” tuturnya.

Mengulas tentang program khas di Sabah, Azmi berkata, majikan di negeri di bawah bayu itu akan diberi perhatian khusus sehingga hujung tahun ini bagi meningkatk­an tahap penggunaan medium bayaran elektronik dalam kalangan mereka.

Katanya, majikan itu akan diklasifik­asikan mengikut julat pekerja, lokasi, sektor perniagaan, bank langganan dan beberapa faktor lain.

“Klasifikas­i sehingga ke tahap terperinci seperti ini perlu dibuat bagi memastikan kehendak dan masalah setiap kumpulan dapat ditangani secara holistik dan efisien.

“Setiap kumpulan majikan akan diberi pendekatan berbeza bagi membolehka­n mereka memahami dan seterusnya menggunaka­n kemudahan bayaran elektronik ini,” ujarnya.

Kerjasama strategik antara pegawai KWSP di Sabah dengan pegawai di ibu pejabat akan dibuat secara berjadual bagi memastikan sasaran melebihi 50 peratus penggunaan dapat direalisas­ikan menjelang Disember depan.

Azmi turut menyeru kepada majikan supaya jangan berlengah menggunaka­n kemudahan bayaran elektronik ini kerana KWSP akan mewajibkan penggunaan bayaran elektronik ini pada masa akan datang.

“Jika ada keraguan boleh berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP untuk penjelasan dan tunjuk ajar.

“Jangan tunggu sehingga saat akhir sebelum penggunaan medium ini diwajibkan,” tegas beliau.

“Majikan yang baharu beroperasi adalah sangatsang­at disarankan supaya terus menggunaka­n kemudahan ini kerana amat bermanfaat untuk urus niaga perniagaan masa kini,” ujarnya.

 ??  ?? PERANTI PINTAR
PERANTI PINTAR
 ??  ?? MUDAH LAGI PANTAS: Azmi menunjukka­n aplikasi e-Caruman yang boleh dimuat turun di Google Play bagi pengguna Android dan Apple Store bagi pengguna iPhone.
MUDAH LAGI PANTAS: Azmi menunjukka­n aplikasi e-Caruman yang boleh dimuat turun di Google Play bagi pengguna Android dan Apple Store bagi pengguna iPhone.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia