Utusan Borneo (Sabah)

Superb TERAJU bangkitkan usahawan

Penyediaan geran sehingga RM500,000 untuk idea kreatif dan inovatif

- KEJAYAAN CHE ANI

IMPIAN untuk menjadi usahawan berjaya bukan sekadar angan-angan. Bersama tekad untuk berjaya dan sentiasa berusaha memajukan diri, segala yang diimpikan kini menjadi kenyataan dan boleh dibanggaka­n.

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (Superb) Siri II, pencarian bakat dalam kalangan Bumiputera berbakat usahawan, dengan penyediaan geran sehingga RM500,000 untuk idea kreatif dan inovatif, berjaya menarik 800 permohonan di seluruh negara.

Dianjurkan Unit Pemandu Agenda Bumiputera (TERAJU), program ini menarik penyertaan daripada pelbagai sektor termasuk perkhidmat­an, pertanian, pembuatan, ciptaan baharu, makanan dan minuman, elektronik dan elektrik, minyak, gas dan tenaga.

“Superb dirancang khusus untuk membantu individu atau syarikat baharu untuk membangunk­an dan mengubah ilham, idea, atau penemuan baharu kepada model perniagaan yang berjaya,” kata Pengarah Kanan TERAJU Megat Mohd Yatim Megat Hamid dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Geran itu merupakan antara peruntukan terbesar yang pernah ditawarkan untuk membantu memacu bakat Bumiputera dalam meneroka perniagaan besar.

Megat Mohd Yatim berkata, ramai kalangan usahawan muda berjaya selepas mengetenga­hkan idea mereka, malah berjaya memasuki pasaran eksport antarabang­sa, mengukir nama jenama produk barangan Malaysia.

Beliau berkata setakat ini, 137 usahawan muda telah menerima geran permulaan kira-kira RM68.5 juta sejak Superb diperkenal­kan pada 2014.

Jawatankua­sa TERAJU yang terdiri daripada usahawan yang berjaya akan memilih penerima yang layak dalam tempoh empat hingga enam minggu, dan pengumuman akan dibuat sebelum akhir suku ketiga tahun ini.

Siri Superb 111 dibuka pada September.

Inisiatif Mengukir Prestasi dan Bersaing yang memperuntu­kkan RM500 juta bagi membantu kontraktor Bumiputera kecil di Sabah dan Sarawak untuk terlihat dalam projek Lebuhraya Pan Borneo, kata Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Datuk Husni Salleh.

“Kontraktor yang lebih besar mampu mendapatka­n pembiayaan, tetapi kami menyasarka­n kontraktor yang mendapat pakej lebih kecil dalam projek mega ini.

“Projek Pan Borneo adalah pengubah penting untuk Sabah dan Sarawak dan ramai kontraktor di sana tidak pernah mendapat projek yang agak besar.

“Jika kontrak itu bernilai RM20 juta atau RM30 juta, ia dianggap besar oleh mereka, (oleh itu inisiatif ini akan menjadi) modal pusingan untuk membantu kontraktor di sana,” katanya kepada Bernama pada majlis Skim Pemula Niaga Usahawan Bumiputera (Superb) Siri 11 oleh TERAJU di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tahun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n yang kontrak bernilai RM8 bilion atau 53 peratus daripada projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak itu akan diberikan kepada syarikat Bumiputera, termasuk kontraktor kelas F.

Sementara itu, di bawah Superb Siri II, 10 pemenang daripada 20 peserta akhir membawa pulang RM500,000 tiap seorang yang akan dibayar secara berperingk­at-peringkat mengikut perkembang­an perniagaan mereka.

Siri Superb yang diadakan dua kali setahun bertujuan menyokong idea perniagaan kreatif dan inovatif telah menerima kira-kira 800 permohonan untuk edisi kedua.

Setakat ini, Superb telah mempersiap­kan 137 usahawan yang akan menerima geran sehingga RM68.5 juta. Bermula dengan membuat kuih untuk jualan kecilkecil­an, pasangan suami isteri Mahani Abu Bakar, 50, dan Mohd Samisi Ishak, 48, kini boleh tersenyum lega apabila usaha mereka menghasilk­an produk makanan sejuk beku semakin berkembang dan mendapat permintaan yang memberangs­angkan.

Bagi pasangan yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang di negeri ini, setiap usaha jika mempunyai kesungguha­n pasti akan berjaya, apatah lagi terdapat pelbagai peluang dan bantuan daripada agensi kerajaan persekutua­n yang sentiasa bersedia untuk membantu industri kecil dan sederhana.

Menyedari diri tidak mempunyai ilmu yang secukupnya untuk bergelar usahawan, pasangan itu membuat permohonan untuk menuntut ilmu di Kolej Komuniti dalam bidang yang ingin diceburi.

Mereka secara bergilir mengikuti kursus jangka pendek selama empat bulan di Kolej Komuniti Arau, Perlis di bawah program koridor utara.

“Kami mula dalam bidang makanan sejuk beku ini dengan dua jenis makanan iaitu karipap dan roti canai.

“Mula dengan satu meja, satu dapur dan semuanya kami buat sendiri secara manual,” kata Mahani yang lebih dikenali sebagai Che Ani ketika ditemui di kedainya di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Sudah tentu cabaran yang dihadapi pada peringkat awal memulakan perusahaan itu pada 2010 ialah masalah kewangan yang terhad, dan untuk mengatasin­ya pasangan itu membuat pinjaman daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional sebanyak RM10,000 dan RM15,000 pada tahun 2015.

Hasil yang diperoleh daripada perusahaan mereka, pasangan itu menabung dan menjadikan­nya sebagai modal untuk membeli bangunan sendiri.

Bermodalka­n RM40,000 daripada hasil perniagaan, mereka berjaya membeli satu unit rumah kedai.

Selepas itu mereka tidak lagi menoleh ke belakang, kini selepas tujuh tahun, pasangan itu beroperasi di dua unit di bangunan kedai di Sungai Dua di Seberang Perai dekat sini dan menghasilk­an 14 jenis produk sejuk beku, antaranya, roti canai, cucur kacang, popia, onde-onde, donat, karipap pusing, karipap sardin, karipap ayam dan karipap daging, martabak ayam dan martabak daging serta cucur badak.

Che Ani berkata, bagi memastikan kualiti produk keluaran mereka yang juga telah mendapat sijil halal, pasangan itu turut mendapat bimbingan daripada Jabatan Pertanian yang memberi khidmat nasihat dan motivasi, selain Jabatan Veterinar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

“Kami juga mendapat bantuan daripada TERAJU di bawah koridor utara dan bantuan sebanyak RM29,000 daripada program Mcash (program pembanguna­n usahawan mikro Bumiputera),” katanya.

Dua unit kedai milik pasangan yang mempunyai tiga anak berusia antara 15 dan 24 tahun itu beroperasi setiap hari kecuali Ahad dengan pengeluara­n maksimum

400 hingga 600 bungkusan makanan sejuk beku untuk diedar di 31 lokasi di negeri ini.

Kejayaan pasangan itu bukan sahaja untuk diri mereka, malah turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Mereka kini mempunyai lapan pekerja warga tempatan.

“Setiap kejayaan pasti mempunyai cerita duka, cabaran dan dugaan.

“Dugaan paling berat kami hadapi ialah pada tahun lepas apabila pekerja kami berhenti serentak menyebabka­n kami terpaksa bertungkus lumus menghasilk­an produk kami untuk memenuhi permintaan.

“Masa itu saya rasa macam putus harapan dan tak sanggup lagi untuk meneruskan usaha ini tapi Alhamdulil­lah dengan berkat kesabaran dan sokongan semua pihak, kami bangkit semula,” katanya.

Che Ani berkata, apabila pekerja berhenti, masalah paling besar ialah untuk melatih pekerja baharu yang akan mengambil masa untuk mereka mahir dalam menghasilk­an produk makanan sejuk beku.

Ditanya perancanga­n masa depan untuk memperluas­kan perniagaan, pasangan itu berkata, mereka memang berhasrat untuk menerokai pasaran luar Pulau Pinang tapi masalah utama mereka ialah dari segi pekerja untuk menghasilk­an produk makanan mereka dengan jumlah yang banyak.

“Sekarang pun kapasiti pengeluara­n kami tak cukup kerana permintaan adalah tinggi,” katanya yang pernah menolak tempahan dari Batam, Indonesia dan Brunei iaitu sebanyak 3,000 keping sehari disebabkan masalah tidak cukup kakitangan. — Bernama

Superb dirancang khusus untuk membantu individu atau syarikat baharu untuk membangunk­an dan mengubah ilham, idea, atau penemuan baharu kepada model perniagaan yang berjaya. MEGAT MOHD YATIM MEGAT HAMID Pengarah Kanan TERAJU

 ??  ?? MAHANI menunjukka­n pelbagai jenis produk produk sejuk beku yang dihasilkan di kilangnya di Sungai Dua, Butterwort­h. Mahani mendapat bantuan daripada TERAJU di bawah koridor utara dan bantuan Mcash untuk mengembang­kan perniagaan­nya. — Gambar Bernama
MAHANI menunjukka­n pelbagai jenis produk produk sejuk beku yang dihasilkan di kilangnya di Sungai Dua, Butterwort­h. Mahani mendapat bantuan daripada TERAJU di bawah koridor utara dan bantuan Mcash untuk mengembang­kan perniagaan­nya. — Gambar Bernama
 ??  ?? PEKERJA-PEKERJA Mahani menyiapkan produk sejuk beku sejuk beku di kilangnya di Sungai Dua, Butterwort­h. — Gambar Bernama
PEKERJA-PEKERJA Mahani menyiapkan produk sejuk beku sejuk beku di kilangnya di Sungai Dua, Butterwort­h. — Gambar Bernama
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia