Utusan Borneo (Sabah)

Beg kembara rekaan Anna Sui eksklusif untuk pelanggan Guardian Malaysia

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR : Menyedari minat rakyat Malaysia yang gemar melancong dan ingin kelihatan hebat ketika melancong, Guardian Malaysia telah bekerjasam­a dengan pereka terkenal Anna Sui untuk sebuah koleksi rekaan eksklusif, istimewa untuk para pelanggan Guardian.

Koleksi Bagasi Anna Sui, yang terdiri daripada dua beg troli, satu beg tote, dan satu kes pereka (designer case), boleh ditebus pada harga diskaun istimewa di bawah program kesetiaan terbaru yang bermula minggu lalu.

Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, Christina Low, berkata,kami memlilih untuk bekerjasam­a dengan Anna Sui kerana beliau memiliki pengaruh yang kuat dalam kedua-dua aspek kecantikan dan fesyen, yang sangat relevan kepada perniagaan kesihatan dan kecantikan kami.

“Ia juga bertujuan untuk membawakan jenama beraspiras­i pada harga yang berpatutan ke pasaran umum,”

“Anna Sui berkata koleksi bagasi itu diilhamkan oleh minyak wangi, rama-rama dan bunga ros dan warnawarna terang dari seni Pop seperti fuchsia dan oren, tetapi setiap rekaan diilhamkan oleh pelbagai peristiwa yang pernah berlaku di sepanjang perjalanan kerjaya beliau,”katanya.

Pada masa sama, Guardian turut menawarkan dua

Bagasi Anna Sui, yang terdiri daripada dua beg troli, satu beg tote, dan satu kes pereka (designer case), boleh ditebus pada harga diskaun istimewa.

wangian Anna Sui Eau De Toilette (EDT) edisi terhad bermula November. EDT tersebut, yang didatangka­n dalam saiz 30ml, iaitu Dreams Yellow, dan La Vie De Boheme, keduaduany­a berharga RM99.00, termasuk GST, dan hanya boleh didapati di 150 buah stor Guardian terpilih.

Menurut Christina lagi, bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah, kami sentiasa membawakan tawarantaw­aran produk kesihatan dan kecantikan yang segar dan sentiasa mencari kempen-kempen kreatif yang bersesuaia­n dengan perniagaan demi memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami.

“Dengan kerjasama eksklusif dengan Anna Sui ini, kami percaya ia adalah cara yang tepat untuk kami berterima kasih kepada para pelanggan setia kami. Rekaan dan koleksi beliau sama ada fesyen atau minyak wangi, sememangny­a dicari dan digermari oleh ramai wanita.”

“Kami yakin koleksi bagasi ini akan menerima sambutan yanghebato­lehparapel­anggan kami,” tambah beliau.

Bagi cara penebusan,untuk setiap pembelian RM20, pelanggan akan menerima sekeping setem. Sekeping setem tambahan akan diberikan jika pembelian tersebut mengandung­i salah satu daripada 33 jenama yang mengambil bahagian. Antara jenama-jenama tersebut adalah: Bio-essence, Dettol, Dove, Maybelline, Nivea dan Pantene.

Pelanggan perlu mengumpul 10 keping setem untuk menebus satu barangan pada harga diskaun. Harga potongan untuk empat barangan ini adalah Beg troli 24-inci pada harga RM159.90 (berbanding harga jualan RM399),Beg troli 20-inci pada harga RM129.90 (berbanding harga jualan RM199),Beg tote pada harga RM69.90 (berbanding harga jualan RM129) dan Kes pereka pada harga RM59.90 (berbanding harga jualan RM99).

Setem-setem akan dikeluarka­n bermula pada 28 September 2017.Penebusan pula akan bermula pada 28 Oktober dan berakhir pada 31 Disember, 2017 atau sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com. my.

 ??  ?? KOLEKSI
KOLEKSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia