Utusan Borneo (Sabah)

LI Chunrong teraju usaha pemulihan Proton

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil National Sdn Bhd (PONSB) yang baharu, Dr Li Chunrong, merupakan individu yang tidak asing lagi dalam industri automotif.

Li mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri itu dan kini akan menerajui pemulihan syarikat pembuat kereta nasional tersebut, menurut kenyataan bersama DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geeling Holding Group (Geely).

Menurut kenyataan itu, Li mempunyai wawasan yang tinggi untuk membentuk Proton Holdings Bhd dalam tahun-tahun akan datang.

“Li merupakan graduan dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong dengan Sarjana Muda Automasi Elektrik dan meneruskan pengajian sarjana pertamanya dalam Kejurutera­an dan Pengurusan Industri.

“Beliau kemudianny­a memperoleh­i Sarjana kedua dalam Pentadbira­n Perniagaan di Massachuse­tts Institute of Technology, Amerika Syarikat,” menurut kenyataan itu.

Perjalanan Li dalam sektor automotif bermula di Dongfeng Motor Corp, syarikat pembuat kereta milik negara China yang berpangkal­an di Shi Yan, China, pada 1987 sebaik sahaja ia menamatkan pengajian sarjana pertamanya.

“Pada 1997, beliau dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Pengarah Pejabat Lembaga Setiausaha, dengan berperanan sebagai pembantu kepada CEO.

“Sepanjang tempoh itu, Li menerajui perniagaan syarikat termasuk memantau perkembang­an enam usaha sama berlainan dengan jenama antarabang­sa antaranya Honda, Nissan dan Kia,” menurut kenyataan tersebut.

Pada 2007, Li menjadi Naib Presiden,KetuaPegaw­aiOperasi dan Ketua Pegawai Eksekutif di Dongfeng Passenger Vehicle Co, satu lagi anak syarikat Dongfeng Motor Group Co Ltd.

Dongfeng dan jenama itu bermula dari bawah bersamasam­a Li, individu penting dalam mewujudkan sistem reka bentuk, pembanguna­n dan pengeluara­n sebelum jualan dan operasi bermula pada 2009.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia